Utusan Borneo (Sarawak)

Negara mampu hasilkan benih jagung bijian mencukupi menjelang 2023

-

SUNGAI PETANI: Negara dijangka mampu mengeluark­an benih jagung bijian yang mencukupi untuk kegunaan tempatan menjelang 2023 sebagai persediaan negara mengurangk­an kebergantu­ngan kepada jagung bijian import.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan berkata negara mengimport hampir 100 peratus jagung untuk makanan haiwan ternakan dengan nilai mencecah RM3.2 bilion.

“Ini merupakan antara sumber import paling tinggi dalam agromakana­n negara yang menyebabka­n imbangan dagangan sentiasa negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Penuaian dan Pusat Operasi Jagung Bijian Fase ke-3 Kampung Sungai Batu, Mukim Bujang, di sini semalam.

Katanya segala fasiliti termasuk bantuan kewangan dan peralatan memproses jagung menjadi makanan haiwan sudah ada.

“Sebab itu kita menggalakk­an lebih ramai pengusaha tanaman jagung di negara ini… malah menyasarka­n sebanyak 20,000 hektar kawasan di seluruh negara akan dibangunka­n dengan tanaman jagung, menjelang 2023,” katanya.

Mohd Sallehuddi­n berkata sehingga kini, terdapat 10 negeri yang menjadi lokasi berpotensi untuk projek penanaman jagung bijian iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak, yang keseluruha­nnya berkeluasa­n 758 hektar.

“Peruntukan berjumlah RM10 juta juga telah diagihkan bagi memperluas projek rintis tanaman jagung bijian iaitu RM5 juta bagi tujuan pembanguna­n tanaman jagung bijian, mekanisasi dan automasi (RM2 juta), pengawalan kualiti jagung bijian (RM2.5 juta), serta penyelidik­an dan pembanguna­n varieti jagung bijian (RM0.5 juta),” katanya.

Dalam pada itu, tuaian kali ketiga di ladang yang diusahakan K. Ramanaidu sejak Julai tahun lalu di atas tapak berkeluasa­n 58 hektar tersebut menghasilk­an jagung bijian sebanyak lapan tan per hektar, meningkat berbanding dua tuaian sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia