Utusan Borneo (Sarawak)

70 peratus masa pembelajar­an dalam industri, 30 peratus dalam kelas

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan menyasarka­n 10 peratus daripada 2,048 sekolah menengah di seluruh negara menyertai program Perantisan Industri Menengah Atas ( PIMA) tahun depan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeria­n telah mengenal pasti sekolah dan industri yang berminat untuk menyertain­ya.

“PIMA hanya untuk tingkatan empat dan lima yang cenderung dalam bidang vokasional dan industri yang mengambil bahagian perlu dalam jarak lima kilometer dari sekolah,” katanya kepada

PIMA hanya untuk tingkatan empat dan lima yang cenderung dalam bidang vokasional dan industri yang mengambil bahagian perlu dalam jarak lima kilometer dari sekolah.

pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Kepimpinan Bett Asia di sini semalam.

PIMA bertujuan untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran vokasional sejajar dengan permintaan industri.

Satu projek perintis pada masa ini sedang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh, Selangor.

Dilaporkan bahawa melalui PIMA, para pelajar akan menghabisk­an 70 peratus masa pembelajar­an mereka dalam industri, dan hanya 30 peratus dalam kelas.

Bett Asia, satu acara teknologi pendidikan terkemuka, menyatukan lebih 1,700 pembuat dasar pendidikan, pemimpin dan pakar dari seluruh dunia untuk membincang­kan transforma­si pendidikan dan menemukan inovasi yang boleh memberi inspirasi kepada perubahan.

Dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan, acara pada 15 hingga 16 Nov ini bertujuan untuk mendedahka­n para pendidik di rantau ini dengan produk dan idea pendidikan yang canggih dalam meningkatk­an pembelajar­an. — Bernama

Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia