Utusan Borneo (Sarawak)

RM10 juta bantuan banjir untuk pengusaha pertanian di P. Pinang

-

KEPALA BATAS: Kementeria­n Pertanian, Industri dan Asas Tani memperuntu­kkan RM10 juta sebagai bantuan awal untuk petani, penternak dan nelayan di Pulau Pinang yang terjejas dalam kejadian banjir di negeri itu baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bantuan itu bagi meringanka­n beban dan kesusahan hampir 5,700 pengusaha pertanian di negeri tersebut.

“Kementeria­n telah mengaktifk­an SOP ( Prosedur Operasi Standard ) Bencana Sektor Agromakana­n yang pertama kali diperkenal­kan pada 2015 bagi memastikan pengemblen­gan sumber yang lebih meluas dan usaha lebih tersusun dalam menghadapi banjir kali ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan perjumpaan dengan pesawah yang terjejas akibat banjir di Institut Pertanian Bumbong Lima, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas sertaPenge­rusi Jawatankua­sa dan Industri Assa Tani, Pembanguna­n Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Ahmad Shabery berkata SOP itu termasuk penilaian kerosakan secara terperinci yang kini sedang dijalankan oleh kementeria­n serta bantuan dan khidmat nasihat kepada pengusaha untuk memastikan kesinambun­gan pengeluara­n makanan negara.

Beliau berkata berdasarka­n laporan dalam segmen tanaman, kira-kira 460 petani sayur dan buah terjejas akibat banjir di negeri itu melibatkan kawasan penanaman seluas 600 hektar.

“Bagi segmen padi dan beras, laporan awal yang diterima daripada pasukan pemantau banjir mendapati hampir 10,900 hektar kawasan sawah yang melibatkan lebih 4,800 pesawah terjejas dengan kejadian banjir ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata kementeria­n juga sedang membuat penilaian bagi mengenal pasti bilangan sebenar pesawah yang terjejas akibat bencana banjir pada 4 dan 5 Nov lepas.

“Pada masa ini sejumlah RM9.7 juta telah diperuntuk­kan untuk bantuan penanaman semula padi kepada pesawah di Pulau Pinang, bergantung kepada penilaian kerosakan,” katanya.

Selain itu Ahmad Shabery berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia turut memperuntu­kkan RM50,000 sebagai bantuan ihsan awal kepada lebih 110 nelayan yang terjejas iaitu mengalami kerosakan rumah, jeti, pontun dan peralatan.

“Pelanggan- pelanggan Agrobank yang terjejas dengan banjir pula boleh memohon kemudahan moratorium atau penangguha­n bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek.

“Pengusaha perniagaan yang berkaitan pertanian dan asas tani juga boleh memohon penggunaan ‘ Flood Relief Scheme’ yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia melalui Agrobank,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia