Utusan Borneo (Sarawak)

Untung 10 kali ganda beli, jual kenderaan lelong

-

IPOH: Hanya bermodalka­n RM200, pembeli kenderaan lelong Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) boleh mengaut keuntungan hingga 10 kali ganda apabila menjualnya semula.

Seorang pemilik syarikat kenderaan terpakai dan barang gantian, Abdul Rahim Yatim, 55, berkata setiap kenderaan lelong yang ingin dibelinya sudah mempunyai pelanggan walaupun bidaan belum bermula.

“Kebiasaann­ya sebelum hari lelongan, pembida su- dah melihat kenderaan itu, tak kira ia dalam keadaan baik atau tidak, kenderaan itu masih berharga.

“Macam hari ni ( semalam), saya membeli motosikal jenis Suzuki model RU120 pada harga RM200 dan saya boleh menjualnya semula dengan harga lebih RM2,000 di Kemboja sebab motor ini sangat laris di sana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lelongan awam di JPJ, di sini semalam.

Selain itu, beliau juga berjaya membida sebuah motosikal Yamaha RXZ135 yang masih berkeadaan baik dan tidak memerlukan pembaikan semula hanya pada harga RM1,500 serta boleh dijual semula dengan harga mencecah RM8,000.

Sementara itu, M. Simon, 25, mencuba nasib semalam untuk membeli kenderaan lelong, namun beliau gagal mendapatka­n sebarang hasil daripada 22 kenderaan yang dilelong.

“Ini kali pertama saya datang ke acara lelong, ingatkan boleh beli satu atau dua motosikal tapi tidak berjaya. Mungkin lain kali saya boleh cuba lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Perak Mohd Zawawi Zakaria berkata jumlah keseluruha­n hasil lelongan yang dijalankan JPJ Perak hari ini adalah RM12,080, melibatkan hampir 30 pembida.

Selain 18 motosikal, turut dilelong sebuah lori, dua kereta serta sebuah jip, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LELONG: Mohd Zawawi (kiri) melihat motosikal yang dilelong dalam lelongan awam membabitka­n 18 motosikal, tiga motokar dan dua lori dengan harga serendah RM50 di JPJ Negeri Perak di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama LELONG: Mohd Zawawi (kiri) melihat motosikal yang dilelong dalam lelongan awam membabitka­n 18 motosikal, tiga motokar dan dua lori dengan harga serendah RM50 di JPJ Negeri Perak di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia