Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia pamer aksi berkualiti, bersemanga­t ikat Sepanyol 3-3 di Saint Petersburg

-

MOSCOW, Rusia: Sepanyol diikat 3-3 oleh tuan rumah Piala Dunia 2018, Rusia di Saint Petersburg pada satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa Selasa lepas, walaupun dua gol dari tendangan penalti oleh pemain pertahanan, Sergio Ramos.

Gol Jordi Alba dan tendangan penalti pertama Ramos meletakkan Sepanyol selesa 2-0 di hadapan tetapi gol oleh Fedor Smolov dan Alexei Miranchuk membolehka­n Rusia mengikat kedudukan.

Walaupun Ramos meletakkan skuad kendalian Julen Lopetegui kembali di hadapan, Smolov mengikat kedudukan dengan gol kedua peribadiny­a.

Keputusan seri itu masih mengekalka­n rekod tanpa kalah Sepanyol dalam 15 perlawanan di bawah bimbingan Lopetegui.

“Rusia menunjukka­n permainan berkualiti tinggi dengan pemain mereka kelihatan cukup bersemanga­t,” kata Lopetegui.

“Rusia tidak bermain sebarang perlawanan kompetetif dan pemain mereka bermain sepenuhnya pada setiap perlawanan persahabat­an tetapi kami juga bermain dengan baik. Dua perlawanan persahabat­an kami sebelum ini adalah amat berguna untuk pasukan.”

Sepanyol, juara dunia 2010, yang membelasah Costa Rica 5-0 pada perlawanan persahabat­an Sabtu lepas, menguasai awal permainan dan Alba membuka jaringan seawal minit kesembilan dari umpanan Marco Asensio.

Ramos menjadikan kedudukan 2-0 pada minit oe-35 selepas pemain tengah Rusia, Daler Kuzyayev terpegang bola dalam kotak penalti.

Smolov merapatkan kedudukan empat minit sebelum rehat apabila menerima umpanan tepat dari Miranchuk untuk menewaskan penjaga gol David de Gea.

Miranchuk mengikat kedudukan enam minit selepas rehat apabila rembatan Yury Zhirkov terkena pemain Sepanyol, Nacho dan melantun masuk ke pintu gol.

Ramos meletakkan Sepanyol kembali di hadapan tetapi Smolov sekali lagi mengikat kedudukan ketika berbaki 20 minit permainan.

Pemain tengah Rusia, Denis Glushakov, terpaksa bermain sebagai penjaga gol pada minit kecederaan selepas Andrei Lunev mengalami kecederaan tetapi Sepanyol gagal mencari gol penyamaan.

“Saya benar-benar gembira di mana hari ini kami menunjukka­n semangat berpasukan sebenar,” kata pemain pertahanan Rusia, Konstantin Rausch. “Selepas Sepanyol mendahului 2-0, kami terus berusaha dan ia membuahkan hasil.

“Kami bersaing untuk setiap bola malam ini. Ia aksi yang menarik dari pasukan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia