Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad muda England bangkitkan persoalan kemampuan Brazil buru kejuaraan ke-6 di Rusia tahun depan

-

LONDON, England: Neymar dan rakan sepasukann­ya di Brazil diikat tanpa jaringan selepas aksi memberangs­angkan dari skuad muda England pada satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Wembley Selasa lepas.

Jurulatih Brazil, Tite, menurunkan kesebelasa­n utama beliau tetapi walaupun dengan kehadiran pemain seperti Neymar, Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho, mereka hanya menguji penjaga gol England, Joe Hart, sebanyak tiga kali.

Bagi England, yang sekali lagi tanpa utama seperti Harry Kane, Dele Alli dan Raheem Sterling kerana kecederaan, ia keputusan seri tanpa jaringan yang memberangs­angkan selepas mengikat juara dunia, Jerman pada perlawanan hari Jumaat.

Penyerang ang Liverpool, Dominic Solanke, olanke, membuat penampilan lan lewat untuk England, menjadikan beliau pemain keenam eenam yang membuat penampilan nampilan sulung bersama England dalam dua perlawanan. an.

“Dari segi egi semangat, daya saing, g, ia seperti yang saya mahukan,” kata jurulatih latih England, Gareth reth Southgate.

Dari segi semangat, daya saing, ia seperti yang saya mahukan. Gareth Southgate Jurulatih England

“Kami bermain menentang dua pasukan terbaik di dunia dan mengelak pintu gol dari dibolosi, memberikan kami rentak untuk meneruskan persediaan.”

Bagi Brazil, keputusan seri itu menyebabka­n Tite perlu kembali mengatur strategi.

Brazil menang 13 dari 17 perlawanan sejak beliau mengambil alih pasukan pada Jun 2016 tetapi kegagalan mereka untuk menewaskan lawan yang terdiri dari skuad muda, membangkit­kan persoalan ten- tang peluangmer­eka peluang mereka membur u kejuaraan dunia yang keenam di Piala D u n i a 2 0 1 8 Rusia. Walau bagaima n a p u n , keh kehadiran ad i ran penyokong B r a z i l y a n g menari d dengan iringan gendang menceriaka­n suasana walaupun aksi dalam padang agak m mengecewak­an.

Jesus menguji Hart dengan tandukan n dari satu hantaran lintang Dai Alves pada minit ke12 namun secara k keseluruha­nnya, Brazil gagal melaku- kan serangan serius s dengan dua cubaan an N tinggi. Neymar melambung ung

Penjaga gol Brazil, il, Alisson, hanya diuji uji sekali sebelum rehat at dan beliau juga tidak cemas dengan cubaan dari M Marcus Rashford.

Ruben Loftus-Cheek, yang beraksi cemerlang pada penampilan sulung untuk England ketika menentang Jerman, hanya bermain selama 34 minit kerana kecederaan dan diganti oleh Jesse Ling Lingard. Brazil mencipta peluang terbaik mereka pada awal separuh masa kedua apabila Neymar m mengumpan bola k kepada Coutinho tet tetapi cubaan akhir dih dihadang oleh kaki Ha Hart. P Pemain gantian Br Brazil, Fernandinh­o, jug juga mempunyai pelua luang ketika berbaki 14 minit permainan tetapi rembatan penyudahny­a tersasar. Beberapa pertukaran pemain membuka ruang kepada Brazil tetapi England tetap bertahan dengan baik.

Ashley Young membuat penampilan pertama sejak empat tahun dan beliau menghadang cubaan Willian selain Hart menepis cubaan Roberto Firmino.

“Kami dalam pembinaan sebuah skuad dan Brazil kelihatan seperti sudah sebuah skuad yang sebenar. Mereka adalah pasukan yang sudah dikenali dan hebat,” kata Southgate.

Nt “Kami hanya kurang sedikit pengalaman tetapi kami boleh berasa gembira dan yakin dengan apa yang kami lakukan.

“Saya fikir dan berharap penyokong melihat pemain muda ini memberikan segalagala­nya dan telah bermain dengan rasa bangga dan penuh semangat.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? TENTANGAN SENGIT: Lingard (belakang) memberikan tentangan sengit k e p a d a Marcelo k e t i k a b e r s a i n g pada aksi persahabat­an di Wembley, London pada Selasa lepas. TIADA RUANG: Neymar (dua kana kanan) gagal melepasi kawalan ketat pemain pertahanan England pada pertembung­an di Wembley, London Selasa lepas.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters TENTANGAN SENGIT: Lingard (belakang) memberikan tentangan sengit k e p a d a Marcelo k e t i k a b e r s a i n g pada aksi persahabat­an di Wembley, London pada Selasa lepas. TIADA RUANG: Neymar (dua kana kanan) gagal melepasi kawalan ketat pemain pertahanan England pada pertembung­an di Wembley, London Selasa lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia