Utusan Borneo (Sarawak)

Iwobi bantu Nigeria kejutkan Argentina 4-2 di Krasnodar

-

MOSCOW, Rusia: Penyerang Alex Iwobi, menjaringk­an dua gol ketika Nigeria mengejutka­n Argentina 4-2 pada satu perlawanan persahabat­an di Krasnodar sementara penyerang Argentina, Sergio Aguero, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas pengsan dalam bilik persalinan Selasa lepas.

Pemain tengah, Ever Banega dan Aguero meletakkan Argentina, yang beraksi tanpa Lionel Messi (direhatkan) 2-0 pada minit ke-36.

Tetapi penyerang Kelechi Iheanacho merapatkan kedudukan pada minit akhir sebelum rehat dengan Iwobi menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua untuk menyentak Argentina.

Media tempatan kemudian melaporkan Aguero dikejarkan ke hospital selepas pengsan pada masa rehat, dengan penyerang itu menjalani pemeriksaa­n lanjutan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami bermain dengan sangat baik dalam separuh masa pertama tetapi ada sesuatu yang tidak kena selepas rehat,” kata jurulatih Argen- tina, Jorge Sampaoli. “Kami gagal menyempurn­akan peluang kami hari ini.

“Saya bimbang di mana kami gagal mencari pengganti sesuai untuk Messi.”

Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr memuji usaha pasukannya selepas kelihatan tewas dengan mudah.

“Mereka cukup berbeza dalam kedua- dua babak. Separuh masa pertama adalah sangat sukar. Kami merasakan kekalahan sudah dijangka selepas Argentina menjaringk­an gol kedua,” kata Rohr. “Tetapi kami berjaya melakukan kebangkita­n.

“Selepas kami menjaringk­an gol, kami merombak permainan kami dan beraksi lebih baik dalam separuh masa kedua. Pemain saya memiliki mentaliti yang kuat, mereka menunjukka­n keazaman tinggi dan saya berasa gembira dengan prestasi pemain.”

A r g e n t i n a , y a n g menewaskan Rusia 1-0 pada perlawanan persahabat­an Sabtu lepas, tidak menurunkan Messi untuk perlawanan Selasa lepas ekoran satu persetujua­n dengan kelab Messi, Barcelona.

Banega membuka jaringan pada minit ke-28 dari satu tendangan percuma cantik selepas penjaga gol Nigeria, Daniel Akpeyi memegang bola di luar kotak penaltinya.

Argentina menambah jaringan apabila Aguero menyempurn­akan hantaran lintang Cristian Pavon.

Tetapi Nigeria, yang tidak tewas sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, enggan mengalah dan Iheanacho merapatkan kedudukan sebelum rehat dari satu tendangan percuma.

Beliau kemudian mengumpan bola kepada Iwobi yang tidak dikawal untuk mengikat kedudukan pada minit ke-52 sebelum Idowu meletakkan Nigeria 3-2 di hadapan tidak lama selepas itu.

Cubaan Argentina untuk bangkit semula berakhir apabila Iwobi menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol keempat pada minit ke-73 dari umpanan Ahmed Musa untuk kemenangan kedua dari lapan pertemuan menentang Argentina. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Iwobi (kanan) menggelece­k melepasi kekangan pemain Argentina, Cristian Pavon ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Krasnodar, Nigeria pada Selasa Isnin lepas.
— Gambar AFP LINCAH: Iwobi (kanan) menggelece­k melepasi kekangan pemain Argentina, Cristian Pavon ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Krasnodar, Nigeria pada Selasa Isnin lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia