Utusan Borneo (Sarawak)

16 atlet OKU membawa misi pasukan Special Olympics Sarawak di Brunei

-

KUCHING: Seramai 16 atlet OKU membawa misi pasukan Special Olympics Sarawak pada kejohanan bola sepak Piala Borneo Special Olympics Ke- 10 2017 yang diadakan di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam dari 15 hingga 20 November ini.

Presiden Special Olympics Kuching Chapter merangkap ketua delegasi, Datin Dayang Mariani Abang Zain berkata pasukan Sarawak diwakili pemain- pemain dipilih dari Special Olympics Kuching Chapter, Sibu dan Miri.

Menurutnya, edisi kali ini dianjurkan oleh Special Olympics Brunei Darussalam ( SOBD) turut disertai 13 pasukan dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

“Kita menghantar dua pasukan, satu dari Kuching manakala satu lagi gabungan pemain dari Miri dan Sibu.

“Pasukan Miri dan Sibu dipanggil ‘ unified team’ di mana pasukan itu ada seorang pemain normal manakala yang lainnya atlet istimewa,” katanya pada majlis penyerahan tajaan oleh LEA Sports Centre ( LSC) di sini kelmarin.

Dayang Mariani berkata, pemain- pemain Special Olympics Kuching Chapter dipilih menerusi kejohanan melibatkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan sekolah- sekolah diadakan sebelum ini. Sebanyak 15 pasukan bertanding dan pasukan Asajaya muncul juara.

“Terima kasih kepada LSC kerana sudi menaja keperluan pasukan Special Olympics Kuching Chapter.

“Kita sentiasa berusaha mencari dana untuk menghantar atlet- atlet Special Olympics menyertai kejohanan di luar negara bagi memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.

Penganjura­n Piala Borneo Special Olympics secara bergilir- gilir melibatkan Sabah, Brunei, Sarawak dan Kalimantan.

Hadir sama Pengurus Operasi Kanan LSC, Poh Siok Hoon.

 ??  ?? TERIMALAH: Poh (empat kiri) menyampaik­an jersi tajaan LSC kepada Mariani mewakili pasukan Special Olympics Sarawak di Kuching kelmarin.
TERIMALAH: Poh (empat kiri) menyampaik­an jersi tajaan LSC kepada Mariani mewakili pasukan Special Olympics Sarawak di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia