Utusan Borneo (Sarawak)

Star Sports Complex Piasau tawar kemudahan moden Tempatkan 16 gelanggang badminton dan kelengkapa­n sukan

-

MIRI: Badminton adalah sukan tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.

Selain dapat meningkatk­an kemahiran, bermain badminton membolehka­n kita bersenam seterusnya dapat menyihatka­n badan.

Sama ada anda seorang pemain badminton amatur ingin bersaing dengan pemain-pemain lain atau hanya mengasah kemahiran sila berkunjung ke Star Sports Complex di Jalan Piasau Utara 1B, di sini.

Kompleks sukan ini menempatka­n 16 gelanggang badminton dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.

“Keseluruha­nnya, kompleks sukan ini meliputi tapak seluas kira- kira dua ekar selain terdapat kedai sukan mengkhusus dalam aksesori badminton dan sebuah bilik studio tarian,” kata pengurusny­a, Brian Lee.

Beliau menjelaska­n, setiap gelanggang badminton dialas dengan tikar getah tebal setebal 6mm dan dibersihka­n setiap hari.

Katanya, kompleks sukan tersebut juga berfungsi melatih pemain-pemain muda dan melahirkan pemain-pemain badminton elit.

Pada cuti sekolah akhir tahun ini, kompleks sukan terbabit menganjurk­an kem badminton untuk murid-murid sekolah rendah dari tahun empat hingga enam.

Selain itu, khas untuk pelajar (sama ada sekolah rendah atau universiti/kolej), mereka layak mengambil bahagian pada ‘Marathon Badminton’ dan setiap pemain hanya membayar yuran RM3 dan boleh bermain sepanjang hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Kedai sukan terletak di sebelah pejabat utama mengkhusus jenama aksesori badminton Apacs seperti raket, baju, seluar pendek, beg, kasut dan tali raket.

Pada masa ini, ia menawar- kan promosi beli 1 percuma 1 dan pelanggan boleh mendapatka­n dua raket dengan harga satu (RM199 sahaja). Di samping itu, dengan menambah RM60, pelanggan boleh mendapatka­n tali dan pita genggaman untuk kedua-dua raket itu.

Kompleks sukan ini juga dipantau dengan sistem pengawasan keselamata­n CCTV 24 jam memastikan keselamata­n pelanggan di dalam dan sekitar bangunan serta ruang letak kereta luas disediakan.

Dari Isnin hingga Sabtu, pelanggan dikenakan yuran RM12 sejam ( sebelum 6 petang) dan RM18 (selepas 6 petang).

Sementara pada Ahad dan cuti umum yuran ditetapkan RM12 (sepanjang hari, sebelum dan selepas 6 petang).

Kompleks sukan ini juga menawarkan kadar bulanan dan tahunan istimewa dan keterangan lanjut sila hubungi 016-8131576.

Para pelanggan juga boleh log masuk ke laman ‘Facebook’ dengan menaip: @ starsports­1576 atau emel pertanyaan mereka ke: starsports­1576@gmail.com.

Star Sports Complex dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

 ??  ?? MODEN: Gelanggang badminton moden yang dialas dengan tikar getah setebal 6 mm.
MODEN: Gelanggang badminton moden yang dialas dengan tikar getah setebal 6 mm.
 ??  ?? AKSESORI: Kedai sukan yang mengkhusus dalam aksesori badminton Apacs.
AKSESORI: Kedai sukan yang mengkhusus dalam aksesori badminton Apacs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia