Utusan Borneo (Sarawak)

Federer benam Zverev, mara ke separuh akhir Final Jelajah Dunia

-

LONDON, England: Roger Federer menangani cabaran sengit pemain muda, Alexander Zverev untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan akhir musim, Final Jelajah Dunia untuk kekal di landasan memburu kejuaraan ketujuh beliau di sini Selasa lepas. as.

Jaguh dari ri S w i t z e r - l a n d i t u menewaskan pemain dari Jerman 7- 6(8/6), 5-7 dan 6-1 untuk menjadi njadi pemain pertama ma yang menge- sahkan tempat ke separuh akhir.

“Ia perlawa- nan yang meenarik dan saya ya sentiasa berasa a gembira beraksi di stadium cantik ini,” ” kata Federer yang ang merujuk kepada da Stadium O2 Arena.

“Saya berasa asa cukup gembira bermain ain di Lon- don dan mempunyai begitu banyak kejayaan di sini. Terima kasih kerana menjadikan ia malam yang istimewa.

“Saya berasa gembira dan lega kerana saya dapat bermain dengan tenang menentang (Marin) Cilic, ia adalah kumpulan yang sukar dan untuk melangkah ke separuh akhir dari dua perlawanan sukar sememangny­a menggembir­akan.” Kedua-dua pe

m a i n agak hambar ketika melakukan servis pada awal permainan tetapi set pertama cukup sengit dengan Zverev menyelamat­kan dua mata akhir untuk membawa ke permainan tiebreak. Zverev, 20, yang juga pilihan ketiga kejohanan, mendahului selesa 4-0 pada p permainan tiebreak tetap tetapi Federer bangkit be bergaya memenangi lima mata berturut-turut u untuk mendahului 5-4. Zverev kemudian mend mendahului 6-5 untuk mata akhir tetapi gagal meny menyempurn­akan beberap berapa peluang sebelum Federer F mengikat kedm kedudukan dan kemudian memenangi mata akhir set yang ketiganya. Pada set kedua, F Federer mengekalka lkan rentak dengan m mendahului awal te tetapi Zverev bangk kit berjaya untuk mengikat kedudukan dan membawa permainan ke set p penentuan. Namun Federer, pemain ranking kedua dunia, mengembali­kan rentak cemerlang dan hanya memberikan satu mata kepada lawannya untuk mengesahka­n tempat ke separuh akhir.

Zverev menang dua kali dari empat pertemuan menentang Federer tetapi tahun ini, Federer menang di Halle sebelum Zverev menang di Montreal.

Pada perlawanan awal, Jack Sock mengekalka­n impian untuk menamatkan musim dengan bergaya apabila menewaskan Marin Cilic dari Croatia 5-7, 6-2 dan 7-6(7/4).

“Ia pagi kejohanan yang menarik bagi saya,” kata pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu. “Loceng kebakaran kedengaran pada jam 4 pagi dan kami terpaksa meninggalk­an hotel tetapi saya suka bermain di London. Ia suasana hebat sekali, anda seperti berada di tanahair anda sendiri.”

Dua pemain dari setiap dua kumpulan mara ke separuh akhir. — AFP

 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia