Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah muncul johan Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS Ke-2 2017

-

KOTA SAMARAHAN: Abdullah Che Hassan muncul johan Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS Ke-2 2017 yang diadakan pada 11-12 November lepas di Dewan Pavillion Serbaguna Pelajar UNIMAS.

Kejohanan tersebut anjuran Kelab Sukan Tertutup UNIMAS dengan kerjasama Quizzical Learning Persatuan Catur Sarawak, Majlis Pelajar UNIMAS dan Jawatankua­sa Festival Konvokesye­n UNIMAS Ke-21.

Ia disertai seramai 129 peserta dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, Bangladesh, Nigeria dan Itali.

Kejohanan tersebut merupakan edisi kedua anjuran UNIMAS selepas kejayaan edisi pertama pada tahun lepas dan ia turut dipancar secara langsung di seluruh dunia menerusi kolaborati­f dengan Ai Chess Apps.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh menyampaik­an hadiah kepada pemenang seterusnya merasmikan penutupan kejohanan.

Belitu turut diiringi Timbalan Naib Cancelor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abd Rahman, Pengarah Pusat Perkhidmat­an Pelajar UNIMAS Azlan Ramli, Timbalan Presiden PCS Rosli Arshad dan Timbalan Presiden Persatuan Catur Bumiputera Sarawak Halim Led.

Dalamucapa­nnya, Lenberkata peserta perlu mempraktik­kan seni permainan catur dalam kehidupan sebenar dan bukan di atas papan catur sahaja.

Len yang merupakan peminat catur pada 70-an dan 80-an berkata semasa eranya, pertanding­an catur hanya disertai sekitar 30 hingga 60 peserta sahaja namun ia semakin berkembang hari ini.

Justeru, beliau mencadang- kan satu kawasan khas untuk peminat catur dibina di Kuching yang menyerupai konsep taman-taman di bandar raya negara-negara Eropah.

“Di negara Eropah, kamu boleh menjumpai tempat permainan catur dalam taman di pusat bandar raya. Mengapa tidak kita rekanya di Tebingan Kuching, mungkin bermula dengan tiga atau empat meja di mana peminat catur boleh berkumpul dan bermain?

“Ini salah satu inisiatif baik untuk menarik pelancong. Jika Kuching mempunyai tempat seperti itu, ramai pengunjung akan datang untuk beriadah.

“Saya telah beberapa kali memaklumka­n kepada Datuk Bandar DBKU mengenai perkara ini dan Insya-Allah, kita akan memilikiny­a satu hari kelak. Ia juga akan menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk berinterak­si dengan warga tempatan,” kata Len dalam ucapannya.

Len turut menyampaik­an geran berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Catur Sarawak untuk membiayai penganjura­n Terbuka Catur Sarawak dari 3 hingga 6 Disember depan dan tambahan RM5,000 kepada Jawatankua­sa Catur UNIMAS untuk menganjur Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS Ke3 2018.

 ??  ?? GERAN: Len (lima kiri) menyampaik­an cek replika kepada Rosli sambil disaksikan Halim (empat kiri), Fadzil (tiga kanan) dan yang lain.
GERAN: Len (lima kiri) menyampaik­an cek replika kepada Rosli sambil disaksikan Halim (empat kiri), Fadzil (tiga kanan) dan yang lain.
 ??  ?? KENANGAN: Tiang ( duduk, lima kiri) bersama pemain yang mengambil bahgaian dalam pertanding­an badminton Piala Pusingan ‘We Can Bee 2017.’
KENANGAN: Tiang ( duduk, lima kiri) bersama pemain yang mengambil bahgaian dalam pertanding­an badminton Piala Pusingan ‘We Can Bee 2017.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia