Utusan Borneo (Sarawak)

Nad Zainal dalam drama

-

SELEPAS berakhirny­a drama ‘Raisha’ minggu lepas, slot Zehra kembali dengan sebuah lagi drama baharu berjudul ‘Jurnal Suraya’ lakonan Nad Zainal mulai 15 November, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam hanya menerusi TV3.

‘Jurnal Suraya’ yang merangkumi 13 episod ini banyak mengetenga­hkan unsur-unsur kasih sayang antara keluarga dan sahabat ini diterbitka­n oleh Primeworks Studios Sdn. Bhd. di bawah arahan saudara Zul Huzaimy.

Selain daripada Nad Zainal, drama ini turut dibintangi oleh pelakon handalan seperti Johan As’ari, Sasqia Dahuri, Ryzal Jaafar, Aisyaa Hasnaa, Noniswara dan Khairi Anwar.

‘Jurnal Suraya’ mengisahka­n ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiann­ya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya.

Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As’ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam.

Perhubunga­n antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwink­an Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar).

Namun, Imran mempunyai niat tersembuny­i di sebalik kesungguha­nnya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimana pun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam.

Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkan­nya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitny­a dan berulangal­ik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika.

Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangny­a tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidaklah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal.

Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitny­a menyerang kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.

Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupann­ya?

Saksikan drama bersiri Jurnal Suraya setiap Rabu dan Khamis pada jam 9 malam di TV3 dalam slot Zehra. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com. my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ?? JOHAN AS’ARI
JOHAN AS’ARI
 ??  ?? NAD ZAINAL
NAD ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia