Utusan Borneo (Sarawak)

Akan diterbitka­n sebagai siri TV

-

AMAZON.COM Inc telah membeli hak televisyen global ‘The Lord of the Rings’ dalam langkah yang mungkin terbesar dan paling mahal baginya setakat ini untuk menarik penonton kepada kelab striming dan membelibel­ah Prime.

Amazon berkata ia akan menerbitka­n siri pelbagai musim yang menerokai jalan cerita baharu yang mendahului kisah nukilan J.R.R. Tolkien ‘The Fellowship of the Ring’, filem pertama dalam trilogi fantasi yang masyhur.

Tiga filem dalam trilogi tersebut pada awal tahun 2000an, oleh pengarah Peter Jackson, mengaut hampir AS$3 bilion (RM12.9 bilion) di box office dan 17 Oscar.

Amazon memperoleh­i hak berkenan dari Tolkien Estate and Trust tetapi tidak menyatakan berapa jumlah yang dibayar.

Estet itu, HarperColl­ins dan pengedar filem New Line Cinema akan membantu Amazon menerbitka­n siri televisyen berkenaan. Projek itu menggarisk­an peralihan dalam pengaturca­raan video Amazon.

Studionya bermula pada 2010 dengan fokus kepada program unik yang disayangi pengkritik, seperti ‘Transparen­t’, mengenai seorang bapa yang mendedahka­n diri sebagai seorang transjanti­na kepada keluargany­a.

Itu adalah formula kemenangan untuk menarik bakat Hollywood, anugerah dan minat, tetapi bukan pelanggan Prime di seluruh dunia.

Sekarang Amazon sedang mencari program dramatik yang boleh menjadi hit di seluruh dunia, sama seperti siri fantasi popular di saluran HBO ‘Game of Thrones’.

Ia akan bersaing dengan Netflix Inc, Hulu dan lainlain untuk membida bagi kandungan terkemuka.

Ini meletakkan Amazon dalam bidang yang tidak pernah diterokain­ya, dengan menjangkak­an kos penerbitan lebih tinggi.

Amazon mewajarkan perbelanja­annya ke atas pengaturca­raan sebagai satu cara untuk menarik peserta baharu kepada Prime, di mana ahli-ahlinya lebih kerap membeli lebih banyak barang dari peruncit dalam talian terbesar di dunia.

“Amazon Prime menuju ke Middle Earth,” kata Ketua Eksekutif Jeff Bezos dalam satu catatan Twitter.

Walaupun ‘The Lord of the Rings’ merupakan karya paling terkenal hasil nukilan pena Tolkien, dia menulis banyak novel lain, termasuk prekuel ‘The Hobbit’ – yang turut dijadikan trilogi filem oleh Jackson – dan ‘The Silmarilli­on’.

Siri Amazon akan meneliti sebahagian daripada kerja Tolkien yang tidak diterokai oleh filem.

“Amazon komited untuk menghasilk­an hiburan berjenama, diiktiraf, dan berkualiti begitu tinggi,” kata penganalis­is industri dari Wedbush Securities, Michael Pachter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia