Utusan Borneo (Sarawak)

Kebanyakan penduduk di Asia Tenggara positif mengenai ASEAN

-

SINGAPURA: Sebanyak 78 peratus daripada penduduk di Asia Tenggara mempunyai pandangan positif terhadap ASEAN, menurut kajian yang dijalankan oleh perunding penyelidik­an pasaran yang berpangkal­an di Singapura, Blackbox Research.

Kajianitud­ijalankans­empena ulang tahun ke-50 ASEAN.

Dalam kajian awam pertama ke atas penduduk yang dijalankan di 10 negara ASEAN, dapatan menunjukka­n walaupun kebanyakan penduduk di Asia Tenggara positif dan optimis mengenai ASEAN dan masa depannya, hampir 74 peratus percaya pembanguna­n masa depan ASEAN perlu lebih cepat berbanding sekarang.

Kajian yang melibatkan 3,040 golongan dewasa, berumur 18 dan ke atas, dijalankan pada Oktober 2017.

Kajian itu mendapati kebanyakan yang positif adalah penduduk Laos (88 peratus) manakala yang paling kurang positif rakyat Singapura (59 peratus).

Hanya kurang daripada separuh (47 peratus) percaya ASEAN telah mencapai kejayaan besar dalam tempoh 50 tahun pertama manakala 39 peratus berpendapa­t ia mencapai kejayaan yang kecil.

Rakyat Indonesia dan Myanmar lebih cenderung melihat ASEAN sebagai kejayaan besar (65 peratus) manakala warga Singapura yang paling kurang (hanya 26 peratus).

Sebanyak 54 peratus daripada responden berasakan ASEAN sebagai pertubuhan ekonomi manakala 20 peratus melihatnya sebagai pertubuhan politik.

Penduduk Asia Tenggara, dalam memberi gambaran mengenai ASEAN, lebih cenderung menggunaka­n perkataan ‘harap’ (63 peratus) berbanding ‘percaya’ (49 peratus) atau ‘sedia’ (33 peratus).

Hanya 26 peratus percaya ASEAN perlu meneruskan kadar semasa pembanguna­nnya pada masa akan datang, manakala 53 peratus menyatakan ia perlu bergerak ‘cepat sedikit hari ini’ dan 21 peratus menyatakan ia perlu bergerak ‘lebih cepat berbanding hari ini’.

Sebanyak 88 peratus akan menyokong integrasi ekonomi sepenuhnya antara negaranega­ra ASEAN manakala 68 peratus akan menyokong mata wang serantau pada masa akan datang.

“Dapatan menunjukka­n persepsi sering berbeza antara negara-negara Asia Tenggara mengenai topik dan isu tertentu berkaitan ASEAN,” kata Pemilik dan Pengarah Urusan Blackbox David Black.

“Ini mencermink­an kepelbagai­an di rantau ini. Bagaimanap­un, jelas Asia Tenggara teguh di belakang ASEAN dan mahu melihat lebih daripada itu.

“Dapatan turut menunjukka­n walaupun selepas 50 tahun, ASEAN masih dilihat lebih dari segi potensinya dan apa yang ia janjikan berbanding pencapaian tertentu,” katanya.

Walaupun penduduk Asia Tenggara sebahagian besarnya positif mengenai keduadua negara tersebut, ia empat kali ganda lebih cenderung untuk melihat hubungan yang kukuh dengan China sebagai kunci kepada keutamaan ASEAN berbanding AS (17 peratus kepada empat peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia