Utusan Borneo (Sarawak)

Beli Nissan dan menangi percutian ‘Star Wars: The Last Jedi’ ke Croatia

-

KUCHING: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd ( ETCM) memulakan satu kempen unik sepanjang bulan November, bagi menawarkan pelanggan yang membeli sebuah Nissan peluang untuk memenangi percutian bertemakan ‘Star Wars: The Last Jedi’ ke Croatia.

Dengan tema ‘Perjalanan Diteruskan Bersama Nissan’, Nissan merupakan rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, Star Wars: The Last Jedi.

Sempena tayangan pembukaan filem tersebut di Malaysia pada 14 Disember, ETCM akan mengadakan satu kempen promosi menarik yang menampilka­n teknologit­eknologi NISSAN Intelligen­t Mobility daripada modelmodel terlarisny­a.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM Christophe­r Tan dalam satu kenyataan berkata, kempen itu menjadi satu platform untuk ETCM dan Nissan untuk memberikan keterujaan kepada peminat Star Wars dan Nissan Intelligen­t Mobility tempatan.

“Ia semakin menarik kerana pelanggan berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan ‘Star Wars: The Last Jedi’ yang tidak boleh dibeli dengan wang ke Croatia, Beg Duffle Star Wars yang eksklusif, selain tayangan khas dan pas wayang Star Wars: The Last Jedi, di samping promosi hebat model-model Nissan sepanjang bulan ini.

“Star Wars merupakan satu-satunya francais filem yang melangkaui tiga generasi pelanggan selama hampir 40 tahun. Perkara yang sama juga boleh dikatakan mengenai Nissan dan Tan Chong di mana kami telah menyediaka­n penyelesai­an mobiliti kepada generasi pelanggan.

“Kempen ini adalah cara terbaik untuk menyatakan penghargaa­n kepada pelanggan kerana ia membawa kenangan indah. Dalam kes saya, ayah saya membawa saya untuk menonton Star Wars dengan Datsun dan sekarang, saya membawa anak-anak saya menonton Star Wars: The Last Jedi dengan Nissan! Saya berharap ramai pelanggan dapat menikmati pengalaman yang memuaskan ini,” katanya.

ETCM akan melancarka­n kempen itu dengan kenderaan bertemakan Star Wars yang unik pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang ( MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 12 November 2017.

Ia turut diikuti oleh satu siri iklan komersial TV dan radio yang menarik, termasukla­h program-program digital, siri jelajah dan sesi pandu uji.

Sepanjang tempoh kempen bertemakan Star Wars ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ditawarkan ke atas beberapa model terpilih Nissan.

Promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500 - tertakluk kepada terma dan syarat.

Orang ramai dijemput mengunjung­i bilik pameran Nissan dan siri jelajah untuk merasai sendiri keterujaan tema Star Wars: The Last Jedi dan tawaran hebat daripada Nissan.

Karnival pandu uji akan diadakan di ETCM Kuching pada 11 hingga 12 November, ETCM Bintulu pada 17 hingga 18 November, di ETCM Kota Kinabalu pada 18 hingga 19 November.

Manakala Siri Jelajah akan diadakan di tHe Spring Kuching, dan Karamunsin­g Kota Kinabalu dari 25 hingga 26 November.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www. nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

 ??  ?? RAKAN AUTOMOTIF: ‘Perjalanan Diteruskan Bersama Nissan’ adalah tema Nissan sebagai rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, ‘Star Wars: The Last Jedi’.
RAKAN AUTOMOTIF: ‘Perjalanan Diteruskan Bersama Nissan’ adalah tema Nissan sebagai rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, ‘Star Wars: The Last Jedi’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia