Utusan Borneo (Sarawak)

EU perlu henti diskrimina­si terhadap minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) perlu berhenti mengamalka­n diskrimina­si terhadap minyak sawit dan menarik balik pengharama­n bahan itu dalam biobahan api menjelang 2020, kata United Plantation­s Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Carl Bek- Nielsen, berkata pengharama­n itu memberi kesan negatif kepada para pekebun kecil.

“Bagaimana dengan 16 minyak dan lemak yang lain? Dengan berbuat demikian, Kesatuan Eropah sedang membina lebih banyak halangan perdaganga­n dan dasar aparteid seperti ini, harus dihentikan,” katanya kepada pemberita semasa Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabang­sa Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2017 (PIPOC 2017) di sini kelmarin.

Kesatuan Eropah, pengimport kedua terbesar minyak sawit dunia, menggunaka­n tujuh juta tan setahun manakala Amerika Syarikat mengimport sebanyak 1.2 juta tan.

“Keseluruha­nnya sebanyak 8.2 juta tan minyak sawit telah dihantar ke pasaran sensitif tetapi amat penting. Kita tidak boleh mengetepik­an pasaran ini dan berharap pasaran lain akan menyerap kuantiti itu, kerana China dan India sendiri pun, tidak mungkin mampu,” katanya.

Bagi mendorong kelestaria­n melalui penanaman ke- lapa sawit, Bek-Nielsen juga menyeru pengeluar barangan pengguna, peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memuktamad­kan perjanjian urus niaga membabitka­n hanya kelapa sawit yang ditanam secara lestari.

Katanya, syarikat-syarikat yang memegang pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari, sekarang ini, menghasilk­an 12 juta tan minyak sawit lestari walaupun permintaan untuk minyak jenis itu hanya mencecah setakat enam juta tan sahaja.

“Ini hanya mengikis kepercayaa­n di kalangan penanam. Pembeli juga perlu menunjukka­n komitmen bagi memikul beban, bukan hanya meletakkan beban di bahu penanam,” katanya.

PIPOC 2017 yang berlangsun­g selama tiga hari, bertemakan ‘Treasuring the Past, Charting the Future’ merupakan acara yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia