Utusan Borneo (Sarawak)

Perkara terbaik, common law wilayah itu tidak jauh berbeza daripada amalan perundanga­n di Malaysia

-

HONG KONG: Firma-firma Malaysia harus menggunaka­n Hong Kong sebagai gerbang bagi meneroka pasaran tanah besar China, kata Konsul Besar Malaysia di Hong Kong dan Macau, Tengku Datuk Sirajuzzam­an Tengku Mohamed Ariffin.

Katanya, walaupun Hong Kong mempunyai kos sara hidup yang tinggi, perkara terbaik dalam mendirikan perniagaan di sini adalah common law wilayah itu tidak jauh berbeza daripada amalan perundanga­n di Malaysia kerana ia pernah ditadbir British.

“Jadi adalah selamat bagi syarikat- syarikat Malaysia untuk menandatan­gani kontrak atau menubuhkan anak syarikat di Hong Kong. Ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke tanah besar China,” katanya kepada Bernama semasa Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia ke-9 (WCES),

Sidang kemuncak itu, dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia dari 1314 Nov 2017, bertujuan untuk meningkatk­an hubungan perniagaan antara China dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaik­an ucaptama pada sidang berkenaan yang bertemakan ‘Menguruska­n Ketidakpas­tian Global: Meneroka Peluang-Peluang Baharu’.

Sidang itu juga diadakan bagi memperinga­ti dan meraikan ulang tahun ke- 20 penubuhan Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong dan pemeteraia­n Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEANHong Kong, yang melengkapi FTA ASEAN-China.

Tengku Sirajuzzam­an berkata, rakyat Malaysia harus memanfaatk­an kepakaran rakyat Hong Kong bagi menubuhkan perniagaan mereka di sini dan kemudian, meneroka pasaran lain di China.

China mempunyai populasi yang amat besar dan ini membolehka­n pengusaha Malaysia menjual lebih banyak.

“Sebagai contoh, Hong Kong mempunyai standard yang tinggi dalam meter air. Alat itu dibeli daripada sebuah syarikat Malaysia. Ini menunjukka­n, produk- produk kilang mempunyai potensi yang besar di sini,” katanya.

Selain durian, produkprod­uk pertanian juga mendapat permintaan tinggi khususnya limau bali.

Tengku Sirajuzzam­an berkata, syarikat-syarikat Malaysia juga boleh mendapat pembiayaan di Hong Kong.

“Beberapa usaha sama membabitka­n firma Malaysia telah mendapat pembiayaan dan banyak syarikat kita yang disenaraik­an di bursa saham di sini mendapat pembiayaan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kanan) menyerahka­n trofi dan sijil kepada Pengarah Distrepark Sdn Bhd Mohd Fadzil (dua kiri).
PENGHORMAT­AN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kanan) menyerahka­n trofi dan sijil kepada Pengarah Distrepark Sdn Bhd Mohd Fadzil (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia