Utusan Borneo (Sarawak)

FHC 2017 tawar banyak peluang kerjasama dengan syarikat China

-

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabang­sa Untuk Makanan, Minuman, Hospitalit­i, Perkhidmat­an Makanan, Bakeri dan Industri Runcit 2017 (FHC 2017) Ke21, telah membuka banyak peluang kepada usahawan Malaysia untuk meneroka kerjasama dengan rakan kongsi baharu bagi mengekspor­t produk makanan dan minuman Malaysia ke China serta ke peringkat antarabang­sa.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) berkata, penyertaan mereka dalam pameran itu diselaras oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Malaysia.

Tahun ini, 28 syarikat Malaysia menyertai pameran tiga hari tersebut yang diadakan di Shanghai mulai 14 November 2017, katanya.

Menteri Kedua MITI, Datuk Seri Ong Ka Chuan turut hadir bagi menemui pelabur berpotensi dari Shanghai bagi mengembang­kan perniagaan mereka ke Malaysia.

“Keseluruha­nnya FHC 2017 telah mendaftar 2,350 peserta daripada 73 negara dan wilayah. Banyak negara peserta, termasuk Malaysia, mendirikan pavilion nasional masing-masing di pameran berkenaan.

“Selain itu, rakan kongsi perdaganga­n utama China seperti AS, Itali, Perancis, India, Korea Selatan, Tunisia dan Brazil, turut mempunyai booth promosi,” katanya.

Kementeria­n itu berkata, penduduk berpendapa­tan sederhana China telah menjadi masyarakat mewah dan mereka tertarik kepada produk Malaysia berikutan kualitinya yang tinggi.

Menurutnya, pasaran China mendapat tarikan dan minat yang besar daripada komuniti perniagaan Malaysia berikutan Program Promosi Malaysia 2016 di Shanghai.

Perdaganga­n Malaysia dengan China pada Januari hingga September 2017 meningkat 24.8 peratus kepada RM212.94 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2016.

Eksport ke China melonjak 35.3 peratus kepada RM91.87 bilion disebabkan pertambaha­n eksport produk elektrik dan elektronik, produk petroleum, produk getah, kimia dan produk kimia serta gas asli cecair. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia