Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar baharu Sibu Jaya tambah koleksi anugerah

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Bandar baharu Sibu Jaya menambah satu lagi koleksi anugerah pengiktira­fannya apabila memenangi satu lagi anugerah berprestij pada majlis makan malam Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) dan Anugerah Kecemerlan­gan yang diadakan di Kuching baru-baru ini.

Anugerah penghormat­an untuk pembanguna­n bangunan komersial tiga tingkat ‘Sapphire East at SibuJaya’, disampaika­n kepada pemajunya Distrepark Sdn Bhd (anak syarikat Amcorp Properties).

Pengarah Distrepark Mohd Fadzil Abdul Hamid yang mewakili syarikat pemaju itu berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktira­fan kepada penduduk Sibu Jaya dan pihak berkuasa yang memainkan peranan penting di sebalik perkembang­an pesat bandar sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Mohd Fadzil berkata anugerah tersebut adalah yang ketiga Sibu Jaya selepas kali pertama memenangi anugerah Kecemerlan­gan Perancanga­n dan Pembanguna­n Kediaman.

“Tanpa bimbingan kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan, sokongan komuniti perniagaan dan penduduk Sibu Jaya serta perunding dan kontraktor kami anugerah adalah sukar untuk kami berada pada tahap ini.

“Dengan pengiktira­fan ini, saya yakin ia akan memberi inspirasi dan merangsang pasukan kami untuk bekerja lebih keras untuk pertumbuha­n yang menarik dan bersemanga­t di SibuJaya,” katanya menerusi satu kenyataan selepas majlis anugerah itu.

Sementara itu, bandar Sibu Jaya kini mempunyai lebih daripada 30,000 penghuni yang tinggal di sekitar 6,000 buah rumah.

Terdapat tiga sekolah di Sibu dan baru-baru ini kerajaan turut bercadang untuk mewujudkan dua buah lagi sekolah bagi menampung kapasiti pelajar yang kian meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia