Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia sasar penubuhan syarikat pegangan ASEAN dalam tempoh lima hingga enam bulan

-

MANILA: Kumpulan AirAsia menjangka syarikat pegangan Persatuan Negara- Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan ditubuhkan dalam tempoh lima hingga enam bulan akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes.

Katanya, syarikat itu sedang berusaha ke arah mematuhi semua aspek perundanga­n yang diperlukan bagi mewujudkan satu syarikat penerbanga­n ASEAN tunggal dan meningkatk­an kecekapan perniagaan.

“Sebaik ia diluluskan, syarikat pegangan ASEAN akan diwujudkan. Kami mahu mewujudkan syarikat pegangan ASEAN yang memiliki syarikat penerbanga­n itu 100 peratus. Ini impian utama saya,” katanya kepada pemberita ketika melancarka­n rekaan grafik istimewa ‘ I Love ASEAN’, di Ibu Pejabat Tentera Udara Filipina di Metro Manila di sini, kelmarin.

Kumpulan itu memiliki 49 peratus kepentinga­n dalam AirAsia Indonesia, AirAsia Philippine­s dan AirAsia Thailand.

Sementara itu, Fernandes berkata, kumpulan berkenaan sedang berusaha untuk menyenarai­kan AirAsia Indonesia dan AirAsia Philippine­s.

Fernandes enggan mengulas mengenai berita yang AirAsia akan beroperasi di Sri Lanka.

“Saya tidak mahu mengulas. Saya berpendapa­t ia hanya spekulasi,” katanya.

Dilaporkan yang syarikat penerbanga­n tambang rendah itu sedang berusaha mendapatka­n kelulusan kerajaan bagi beroperasi di negara tersebut, dengan 51 peratus pegangan dimilik kerajaan Sri Lanka.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, kumpulan itu akan menerima 28 pesawat baharu secara berperingk­at-peringkat tahun depan dalam usaha menghubung­kan lebih banyak laluan ke bandar sekunder dan utama di rantau ini.

Menurutnya, kumpulan itu merancang melancarka­n laluan Kuala Lumpur-Davao (Filipina) pada 21 Disember 2017 diikuti penerbanga­n Phuket (Thailand) – Boracay (Filipina) tidak lama lagi.

“Kami terhutang budi kepada ASEAN atas kejayaan kami. Sebagai sebuah syarikat penerbanga­n ASEAN, kami ingin menyatukan masyarakat di rantau ini,” katanya.

Mengenai penerbanga­n ASEAN, Fernandes berharap rantau ini akan mempunyai visa ASEAN dan pihak berkuasa penerbanga­n tunggal bagi mengawasi industri yang sedang berkembang itu.

“Saya sudah lama berkempen untuk visa ASEAN. Penumpang China tidak perlukan 10 visa berbeza untuk melawat negara anggota ASEAN. Saya percaya kesedaran semakin meningkat mengenai perkara ini.

“Dengan pusat data yang kita ada, saya percaya perjalanan dalam ASEAN perlu menjadi lebih mudah,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Dr AKT Mochtan berkata, 43 peratus daripada 116 juta pelancong antarabang­sa yang melawat ASEAN adalah pelawat intraASEAN.

Berikutan itu, Mochtan telah meminta Ferdandes untuk memperkena­lkan program pengalaman ASEAN bagi merangsang industri pelanconga­n intraASEAN.

“Kami berharap untuk melihat AirAsia menjadi pilihan utama untuk orang ramai membuat perjalanan, kami juga mahu menggalak AirAsia untuk menerajui inovasi dalam industri penerbanga­n dan menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah,” katanya.

Mochtan berkata, beliau yakin sasaran 121 juta pelancong ASEAN yang ditetapkan pada akhir tahun, boleh dicapai.

Sebelum itu, Mochtan dan Fernandes melancarka­n rekaan grafik istimewa ‘ I Love ASEAN’ yang memaparkan keunikan 10 negara anggota.

Semua pesawat AirAsia di rantau ini akan memaparkan bendera ASEAN sebagai tambahan kepada bendera kebangsaan mereka.

Kumpulan itu juga melancarka­n siri inisiatif ‘AirAsia Cintakan ASEAN’ bagi meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN.

Inisiatif terbabit merangkumi kerjasama AirAsia dengan univeristi ASEAN, hari usahawan ASEAN, kem wartawan ASEAN dan program mobiliti All- Stars. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia