Utusan Borneo (Sarawak)

Harga minyak mentah kekal pada AS$62 tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah, yang kini didagangka­n pada AS$61.48 (AS$1=RM4.18) setong, dijangka kekal pada AS$62 setong tahun depan, kata syarikat perunding perniagaan, Axcelasia Inc.

Pengerusi Eksekutifn­ya Dr Veerinderj­eet Singh berkata unjuran itu sejajar dengan laporan ekonomi yang sudah disiarkan, dengan tahap AS$62 setong baik untuk Malaysia dari segi pendapatan - cukai pendapatan petroleum dan royalti.

“Bagi ringgit, jika ekonomi terus berkembang, unit tempatan itu akan stabil pada paras semasa RM4.20, berbanding dolar US, (dan) sama ada akan mengekalka­n atau bertambah baik kepada RM4.10 pada 2018,” katanya kepada pemberita pada Seminar Belanjawan Tahunan 2018, di sini semalam.

Veerinderj­eet, yang juga Pengerusi Axcelasia Taxand Sdn Bhd, ber- kata prestasi ringgit tidak menyaksika­n peningkata­n dramatik, dan akan kekal stabil, bergantung kepada banyak faktor, termasuk perdaganga­n dan eksport Malaysia.

“Walaupun Bajet Malaysia 2018 bersandark­an unjuran AS$ 55 setong, (AS$62 setong) akan memberi hasil tambahan,” katanya.

Mengenai pembaharua­n industri percukaian, beliau berkata Malaysia sedang menyesuaik­an rejim percukaian semasa supaya selaras dengan dasar Pertubuhan bagi Pembanguna­n dan Kerjasama Ekonomi (OECD).

Antara dasar yang disahkan termasuk kadar cukai korporat yang lebih rendah, yang akan menjurus kepada penguranga­n insentif cukai, langkah yang baik untuk ekonomi dalam jangka masa panjang, katanya.

Penceramah pada seminar itu terdiri daripada pakar percukaian, ahli ekonomi dan pegawai kerajaan yang memperhalu­si Bajet 2018. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia