Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal gangguan seks gempar Kongres AS

-

WASHINGTON: Dua penggubal undang-undang Amerika Syarikat ( AS) dituduh melakukan gangguan seksual kelmarin, termasuk seorang yang didakwa mendedahka­n dirinya kepada seorang kakitangan muda, di tengah-tengah kebimbanga­n yang semakin meningkat mengenai pencabulan di Capitol Hill.

D e n g a n t u m p u a n kebangsaan yang semakin meluas terhadap salah laku seksual di Hollywood, media dan politik, Kongres juga mulai menangani tuduhan pencabulan serta tuntutan kira- kira 1,500 bekas kakitangan agar pembaharua­n menyeluruh dilaksanak­an.

Dakwaan itu juga dibuat ketika bekas hakim konservati­f Roy Moore, calon Senat AS, menghadapi tuduhan mengejutka­n daripada lima wanita yang mendakwa beliau mencabul atau cuba mendapatka­n mereka ketika masih remaja di Alabama.

Demokrat Dewan Jackie Speier, penyokong sistem antiganggu­an yang lebih baik dalam Kongres, berkata beliau mengetahui dua ahli Kongres semasa, seorang Republikan dan seorang Demokrat yang tidak dinamakan, yang pernah melakukan gangguan seksual.

Beliau menggambar­kan gejala serangan seksual di Capitol Hill, termasuk mangsa yang mengadu bahagian sulit mereka diraba dalam Dewan.

Rakan sekerja, Republikan Dewan Barbara Comstock, memberitah­u panel tentang seorang kakitangan muda yang menghantar dokumen ke kediaman majikannya dan disambutah­liKongrest­erbabit yang hanya bertuala.

“Pada saat itu, beliau m e m u t u s k a n u n t u k mendedahka­n dirinya, wanita itu beredar dan kemudian meletak jawatan,” kata Comstock.

Sesi Dewan mengakui keperluan untuk merombak polisi mengenai dakwaan salah laku dan pencabulan.

Speier sendiri mengakui bulan lepas bahawa beliau pernah menjadi mangsa pencabulan ketika bekerja sebagai kakitangan Kongres beberapa dekad lalu.

“Ramai daripada kami dalam Kongres tahu bagaimana keadaannya, kerana Kongres sudah terlalu lama menjadi tapak penyebaran persekitar­an kerja yang tidak menyenangk­an,” katanya dalam video pada Oktober lepas untuk menggalakk­an kakitangan lain menceritak­an kisah mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia