Utusan Borneo (Sarawak)

NZ derma kepada pelarian

-

WELLINGTON: New Zealand berjanji untuk menderma NZ$3 juta (RM8.4 juta) bagi membantu beratusrat­us pelarian yang terlibat dalam satu ketegangan di kem tahanan Australia yang ditutup di Papua New Guinea.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata dana itu akan membantu memenuhi keperluan kira- kira 400 lelaki yang berdepan dengan bekalan air dan makanan yang semakin berkuranga­n selepas mereka enggan meninggalk­an kem kontrovers­i di Pulau Manus, yang secara rasmi ditutup oleh Australia bulan lepas.

“Kami berhasrat untuk bekerja dengan PNG dan agensi lain seperti Palang Merah Antarabang­sa untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka sementara pelarian itu terus berada di pulau tersebut,” kata Ardern kepada wartawan lewat kelmarin.

Pelarian dihantar ke kem itu di bawah polisi imigresen ketat Canberra, yang memaksa pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan menaiki bot untuk sama ada pergi ke Manus atau kemudahan terpencil lain di negara pulau Pasifik, Nauru.

Bagaimanap­un, Australia menutup kem Manus pada 31 Oktober lepas selepas Mahkamah Agung PNG membuat keputusan bahawa ia menyalahi perlembaga­an, m e n y e b a b k a n m a s a depan tidak menentu bagi tahanan, yang menyatakan mereka bimbang mengenai keselamata­n mereka di luar.

Mereka dilarang daripada ditempatka­n semula di Australia dan Canberra telah menghadapi masalah untuk memindahka­n mereka ke negara ketiga.

New Zealand telah menyatakan ia akan menerima 150 orang tetapi tawaran itu ditolak oleh Canberra ekoran kebimbanga­n ia akan menggalakk­an penyeludup manusia untuk menyambung usaha membawa pencari suaka ke rantau itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia