Utusan Borneo (Sarawak)

Bebas tuduhan curi, tiga pemain UCLA pulang ke AS

-

LOS ANGELES: Tiga pemain bola keranjang kolej Amerika Syarikat (AS), yang ditahan di China kerana mencuri barang dalam kedai, sudah kembali ke Los Angeles selepas Presiden AS Donald Trump campur tangan bagi pihak mereka.

Pemain UCLA, LiAngelo Ball, rakan sepasukann­ya, Cody Riley dan Jalen Hill, tiba dalam satu penerbanga­n dari Shanghai ke Los Angeles dan meninggalk­an lapangan terbang dari tingkat pelepasan untuk mengelak wartawan yang menunggu, lapor akhbar Los Angeles Times.

Larry Scott, Pesuruhjay­a Persidanga­n Pasifik- 12 di mana UCLA adalah anggota persatuann­ya, menyebut dalam satu kenyataan bahawa pemain berada dalam penerbanga­n dan ketigatiga mereka dibenarkan meninggalk­an Hangzhou, selepas ditahan seminggu lepas.

“Isu telah diselesaik­an dengan memuaskan oleh pihak berkuasa China,” kata Scott.

Trump berkata beliau secara peribadi meminta Presiden China Xi Jinping untuk campur tangan bagi pihak ketiga- tiga pemain semasa lawatan dua hari ke Beijing pada minggu lepas.

“Apa yang mereka telah buat adalah sesuatu yang malang,” kata Trump. “Anda tahu, anda bercakap tentang hukuman penjara yang lama. Mereka ( pihak berkuasa China) tidak bergurau.”

Ball, Riley dan Hill ditahan di Hangzhou sebelum satu jadual perlawanan menentang Georgia Tech di Shanghai.

Menurut penyiaran ESPN, mereka ditahan kerana disyaki mencuri barang di sebuah kedai Louis Vuitton dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin tetapi diarahkan terus berada di Hangzhou.

Mencuri barang kedai boleh dikenakan hukuman penjara di China, bergantung kepada nilai barang dicuri. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BEBAS: Riley (kiri) dan Ball tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Los Angeles di Los Angeles, California kelmarin.
— Gambar Reuters BEBAS: Riley (kiri) dan Ball tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Los Angeles di Los Angeles, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia