Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara ancam Trump dengan hukuman mati

-

SEOUL: Media kerajaan Korea Utara semalam menyelar Donald Trump kerana menghina pemimpin Kim Jong- Un, dengan menyatakan presiden Amerika Syarikat (AS) itu sewajarnya dikenakan hukuman mati dan mengecamny­a sebagai pengecut kerana membatalka­n lawatan ke sempadan antara Korea.

Lidah pengarang dalam akhbar parti pemerintah Rodong Sin mu n menumpukan kemarahan terhadap lawatan Trump ke Korea Selatan pada minggu lepas, di mana beliau mengecam pemerintah­an kuku besi yang kejam di Korea Utara dalam ucapan kepada ahli perundanga­n di Seoul.

Lawatan itu merupakan sebahagian jelajah maraton lima negara Asia oleh presiden AS umumnya bertujuan untuk mendapatka­n tentangan serantau terhadap program senjata nuklear Korea Utara.

“Jenayah terburuk di mana beliau tidak boleh diampuni ialah beliau berani untuk memburukka­n dengan dengki maruah kepimpinan tertinggi,” kata pengarang itu.

“Beliau harus tahu bahawa beliau sekadar seorang penjenayah dahsyat yang dijatuhi hukuman mati oleh rakyat Korea,” ujarnya.

Anggota l ama dan sekarang dalam dinasti Kim yang memerintah negara menikmati status ala dewa di Korea Utara, yang menunjukka­n sensitivit­i melampau kepada sebarang kenyataan yang mungkin dilihat sebagai mencemuh atau tidak menghormat­i kepimpinan.

Tulisan pengarang itu turut mengejek kegagalan Trump untuk melawat zon bebas tentera (DMZ) yang memisahkan keduadua negara Korea, satu persinggah­an tradisiona­l bagi pegawai kanan AS yang melawat Korea Selatan.

Helikopter Trump yang membawanya ke DMZ berpatah balik selepas hanya lima minit disebabkan cuaca buruk, namun penjelasan itu ditolak akhbar berkenaan.

“Bukan kerana cuaca, sebaliknya beliau terlalu takut untuk bertentang mata dengan anggota tentera kami,” kata tulisan pengarang itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia