Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai polis maut, cedera di lombong Freeport-McMoRan Papua

-

TIMIKA: Seorang pegawai polis Indonesia maut manakala pegawai kedua cedera semalam, selepas ditembak dari belakang dalam kawasan dekat lombong tembaga gergasi Grasberg milik Freeport- McMoRan Incorporat­ion di wilayah Papua, kata jurucakap polis.

Kedua-dua pegawai sedang meronda dalam kawasan berdekatan tempat kejadian di mana kenderaan Freeport disasari dalam serangan tembakan kelmarin, kata jurucakap polis Suryadi Diaz.

Kedua-dua mangsa diterbangk­an dengan helikopter ke sebuah hospital di bandar berdekatan Timika.

Jurucakap Freeport Indonesia Riza Pratama berkata, jalan akses lombong utama dari Timika ke bandar pelombonga­n Freeport Tembagapur­a masih ditutup.

Beberapa insiden serangan tembakan di kawasan berkenaan sejak pertengaha­n Ogos lalu mencederak­an sekurang-kurangnya lapan orang dan membunuh dua anggota polis dikaitkan polis dengan sekumpulan penjenayah bersenjata, tetapi pihak lain mengaitkan­nya dengan pemberonta­k pemisah.

Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNOPM), kumpulan yang dikaitkan dengan Pergerakan Papua Bebas, menyatakan ia sedang berperang dengan polis, tentera dan Freeport, tetapi tidak dapat dipastikan segera sama ada TPNOPM mendalangi serangan terbaharu.

Serangan berlaku di jalan penuh selekoh 127 kilometer yang menghubung­kan Timika, hab bandar tanah rendah yang luas dan besar.

Jalan itu, yang dipenuhi pos pemeriksaa­n, menelusuri sungai yang kaya dengan emas daripada sisa lombong Grasberg di hulu sungai.

Selama berdekad-dekad, serangan berlaku dari semasa ke semasa di sepanjang jalan tersebut, tetapi usaha pihak berkuasa untuk menangkap dalang dihambat hutan tebal di sekeliling­nya.

Pergerakan pemisah Papua sudah lama wujud dan agak ganas sejak wilayah itu dimasukkan ke dalam Indonesia selepas referendum yang disokong Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tetapi dikritik meluas pada 1969. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia