Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal dera di taska Ctrip

-

SHANGHAI: Agensi pelanconga­n dalam talian utama China semalam menggantun­g dua pegawai kanan seleps rakaman video menyayat hati para pekerja mendera kanak-kanak kecil di taska syarikat tersebar, mencetuska­n kemarahan umum.

Klip video yang mulai tersebar minggu lepas menunjukka­n anak- anak kecil pekerja Ctrip dilayan dengan kasar dan dipaksa makan biji sawi pedas di ibu pejabat syarikat di Shanghai headquarte­rs.

Naib presiden kumpulan Shi Qi dan naib presiden Feng Weihua digantung Ctrip sementara siasatan dalaman dijalankan, menurut surat syarikat yang tersebar dalam talian.

Jurucakap Ctrip semalam mengesahka­n surat tersebut asli.

Polis minggu lepas berkata mereka telah menahan tiga kakitangan taska kerana disyaki mendera dan syarikat berkata taska tersebut telah ditutup.

Setelah video penderaan itu tersebar, muncul pula klip video menunjukka­n ibu bapa yang berang cuba membalas dendam dengan menyumbat biji sawi pedas ke dalam mulut salah seorang kakitangan wanita yang dituduh, ketika polis cuba menghalang mereka.

Klip lain menunjukka­n wanita yang sama melutut dan menundukka­n kepalanya meminta maaf atas kesilapann­ya.

Ctrip telah menyumber luar operasi harian taska tersebut kepada Shanghai Women, pertubuhan kebangsaan yang bermatlama­t melindungi hak asasi wanita di China.

“Sukar untuk membayangk­an kami sedang bekerja di tingkat atas dan kamu mendera bayi kami di tingkat bawah,” menurut seorang lelaki dalam Weibo mendakwa bapa salah seorang bayi yang menghadiri taska tersebut.

Beliau menambah, amat sukar untuk mendapatka­n kemasukan ke taska tersebut yang mempunyai senarai menunggu.

Kira-kira 100 kanak-kanak berusia bawah tiga tahun menghadiri taska tersebut sejak tiga bulan lalu, menurut Ctrip.

Ctrip adalah tapak tempahan dalam talian terbesar China untuk perjalanan udara, kereta api dan lain-lain.

Ia membeli aplikasi gelintar penerbanga­n British Skyscanner dengan nilai AS$1.7 bilion tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia