Utusan Borneo (Sarawak)

Juara sumo disiasat polis Jepun

-

TOKYO: Seorang juara agung sumo mungkin berdepan siasatan polis berhubung dakwaan menyerang ahli muda, kata pihak berkuasa semalam ketika skandal tersebut menggegark­an sukan kebangsaan Jepun.

Harumafuji, 33, ‘yokozuna’ ( atau juara agung) dari M ong o l ia, didakwa menghempas botol bir di atas kepala rakan sumonya itu sebelum membelasah­nya selepas atlet lebih muda itu mengeluark­an telefon pintarnya ketika dia sedang bercakap dengannya.

Tajuk utama berita yang menyebut ‘ tangkap’ dan ‘ bersara’ terpampang di muka depan akhbar-akhbar di negara yang taksub dengan sukan itu, kerana dia kemungkina­n besar perlu turun daripada kedudukan tingginya jika didakwa.

Jurucakap persatuan sumo berkata, laporan polis sudah dibuat bagi pihak ahli sumo yang diserang, Takanoiwa, 27, juga dari Mongolia, oleh pasukannya.

Serangan itu didakwa berlaku bulan lepas ketika ahli- ahli sumo Mongolia berehat sambil minum selepas satu kejohanan.

Menurut beberapa laporan media, Harumafuji naik berang apabila Takanoiwa cuba mengeluark­an telefon pintarnya untuk menyambut panggilan ketika mereka sedang berbual.

Akhbar Mainichi Shimbun yang memetik beberapa sumber yang tidak dinamakan menyatakan Harumafuji dengan marah memukul Takanoiwa dengan tangannya berulang kali walaupun selepas Takanoiwa, yang berdarah, pengsan, sambil memarahiny­a kerana tidak memberi perhatian ketika dia sedang bercakap.

Kira- kira 10 ahli sumo, termasuk dua lagi juara agung dari Mongolia dan ahli tempatan menyertai sesi tersebut, kata laporan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia