Utusan Borneo (Sarawak)

Kebanyakan mereka telah berkhidmat lebih daripada 40 tahun

-

KUALA PENYU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berharap kerajaan negeri mempertimb­ang kenaikan pencen untuk kakitangan awam negeri dalam Bajet 2018 Negeri Sabah yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat ini.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat, kebajikan kakitangan awam negeri juga perlu diambil kira memandangk­an sebahagian besar mereka telah berkhidmat lebih daripada 40 tahun.

Sambil menyambut baik Bajet 2018, beliau yakin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan turut membentang­kan bajet yang memenuhi aspirasi seluruh lapisan rakyat Sabah.

“Saya berharap ia dapat dilaksanak­an di negeri Sabah sebagai tanda penghargaa­n kerajaan negeri kepada pesara kakitangan awam negeri atas perkhidmat­an mereka sepanjang berkhidmat kerana ada sebahagian mereka telah berbakti dari 30 hingga 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaa­n Pedalaman Bawah di Dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu pada Selasa.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Dalam pada itu, Arifin yang juga ADUN Membakut turut menggesa kakitangan awam negeri yang masih berkhidmat supaya terus berbakti dengan sepenuh hati dan lebih berdedikas­i.

“Laksanakan tugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan perkhidmat­an yang diberikan terus meningkat demi mencapai prestasi yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 61 pesara kakitangan awam negeri menerima sijil penghargaa­n daripada Arifin serta diraikan dalam satu majlis jamuan makan bagi menghargai perkhidmat­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia