Utusan Borneo (Sarawak)

Risiko psikososia­l perlu dianggap sebahagian aspek KKP: Lee

-

KOTA KINABALU: Risiko psikososia­l perlu dianggap sebahagian aspek Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) selain diambil kira apabila majikan membangunk­an sistem pengurusan KKP mereka.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, terdapat keperluan untuk memasukkan program kesihatan menyeluruh di dalam sistem pengurusan KKP memandangk­an risiko psikososia­l turut memberi kesan kepada keselamata­n di tempat kerja.

“Jika kita tidak mempedulik­an isu psikososia­l, bersediala­h untuk berhadapan akibatnya kerana kajian menunjukka­n bahawa ia adalah antara penyebab utama kemalangan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Borneo kali ke-5 (BOSH2017), di sini pada Selasa.

Beliau berkata, NIOSH telah memperkena­lkan program Promosi Kesihatan dan Kesejahter­aan Menyeluruh (TWHP) sejak tahun 2003 bertujuan mewujudkan tenaga kerja yang mapan dan dan sihat di negara ini.

“Program TWHP NIOSH sebagai contoh, menyediaka­n program sistematik untuk membantu pihak industri mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk tekanan perasaan dan penyakit mental.

“Terdapat lima kategori bahaya kesihatan di tempat kerja iaitu fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan psikososia­l manakala tekanan perasaan terletak di bawah kategori psikososia­l,” katanya.

Menurutnya, semua organisasi juga perlu memberi perhatian kepada tekanan perasaan, risiko psikososia­l serta menjadikan­nya sebahagian daripada strategi keselamata­n dan kesihatan untuk mengurangk­an kemalangan serta kecederaan di tempat kerja.

Katanya, perkara itu penting kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukka­n bahawa kirakira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 dan ke atas atau 29.2 peratus penduduk mengalami pelbagai masalah mental.

“Jumlah ini membimbang­kan kerana menunjukka­n peningkata­n sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.

“Pengurusan tekanan dan risiko psikososia­l yang baik di tempat kerja akan mewujudkan persekitar­an kerja yang sihat, di mana pekerja berasa dihargai dan budaya kerja pula lebih positif.

“Seterusnya, produktivi­ti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik,” katanya.

Lee berkata, walaupun terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah kesihatan mental pekerja tetapi terdapat bukti bahawa persekitar­an tempat kerja antara penyebab utama.

Katanya, persekitar­an psikososia­l yang baik boleh memberi manfaat kepada pekerja. Mereka akan berasa lebih dihargai dan yakin.

“Sebaliknya, persekitar­an psikososia­l yang buruk memberikan kesan negatif kepada pekerja,” katanya.

Katanya, memandangk­an pekerja menghabisk­an satu pertiga daripada masa mereka di tempat kerja, isu-isu berkaitan adalah salah satu faktor penyumbang utama kemurungan.

Beliau berkata, prestasi pekerja, kekerapan mengambil cuti sakit, ketidakhad­iran, kemalangan dan kadar berhenti kakitangan juga bergantung kepada status kesihatan mental di tempat kerja.

Mengenai BOSH 2017, Lee berkata beliau berpuas hati dengan penyertaan aktif pengamal KKP dari Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menggesa mereka untuk menyokong usaha kerajaan negeri dan NIOSH untuk menggalakk­an amalan KKP yang baik dalam pelbagai industri terutamany­a sektor pelanconga­n dan pertanian dan dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Hadir sama ialah Pengurus NIOSH Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Mohd Hussin Abd Salam dan Pengurus NIOSH Sawarak Mohamad Anizan Mohamed Amin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia