Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan terowong Sepanggar kini dibuka

-

KOTA KINABALU: Laluan terowong jalan raya berkembar pertama sejauh 600 meter di sini menghubung­kan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pelabuhan Sepanggar kini dibuka.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pembukaan terowong itu sudah pasti merancakka­n lagi kegiatan ekonomi di negeri ini khususnya dalam sektor pembuatan, perkilanga­n, perkhidmat­an logistik serta sokongan kepada operasi eksport dan import.

“Terowong Sepanggar yang turut menghubung­kan kawasan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) dan Pelabuhan Kontena Sepanggar ini berupaya menjadikan KKIP serta perlabuhan ini lebih berdaya saing.

“Kemudahan ini pasti dapat memendekka­n lagi jarak perjalanan penghantar­an barangan ke Pelabuhan Sepanggar sekaligus mempercepa­tkan operasi serta pergerakan kontena selaras rancangan membesarka­n pelabuhan ini,” katanya pada perasmian pembukaan Terow- ong Sepanggar Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata kini sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mampu menjimatka­n masa serta kos perjalanan seterusnya mewujudkan persekitar­an ekonomi yang lebih kondusif.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kepesatan pembanguna­n di kawasan Sepanggar.

“Kita sedang memperheba­tkan usaha dengan menggalakk­an pelaburan ke kawasan ini kerana kedudukann­ya yang strategik dan persekitar­an sesuai untuk pembanguna­n industri berat.

“Saya percaya infrastruk­tur ini akan menjana pertumbuha­n sosioekono­mi tempatan dengan pembukaan kawasan baharu di sekitarnya,” katanya.

Menurutnya, Sepanggar sedang mengalami proses modenisasi yang tentunya memerlukan kemudahan infrastruk­tur jalan raya yang efisien untuk menampung pertambaha­n trafik di kawasan itu.

Masih banyak program bagi tujuan peningkata­n jalan akan dilaksanak­an bagi menyokong pembanguna­n di kawasan Sepanggar.

“Kerajaan negeri dan Persekutua­n akan terus bekerjasam­a untuk menambah baik serta meningkatk­an lagi kecekapan infrastruk­tur perhubunga­n di seluruh negeri.

“Kita juga akan membesarka­n laluan Universiti Malaysia Sabah-Sulaman untuk menampung pertambaha­n trafik melalui pembiayaan daripada kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia