Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki pukul isteri, anak ditahan AADK Keningau

-

KENINGAU: Seorang lelaki yang sering bertindak agresif dan memukul isteri serta anaknya berpunca daripada pengaruh dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, malam Isnin.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu mengakui sering hilang kawalan dengan memarahi dan memukul isteri serta anaknya tanpa sebab secara kerap apabila di bawah pengaruh dadah, kata Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @Azmi.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan oleh anggota AADK semasa Operasi Cegah dijalankan di sebuah kampung di sini.

“Suspek adalah antara empat orang termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi itu,” katanya kepada media di sini pada Selasa.

Azry berkata, tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan terbadit berumur antara 19 dan 28 tahun.

Katanya, kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.“Kesemua suspek positif dadah jenis syabu melalui ujian air kencing.

“Penangkapa­n semua suspek adalah hasil daripada maklumat dan risikan yang telah dibuat selama seminggu di lokasi berkenaan,” katanya.

Azry juga menasihatk­an orang awam dan pihak keluarga agar sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku anggota keluarga masing-masing sebelum keadaan semakin teruk dan mengancam keselamata­n mereka serta komuniti lain.

Katanya, sebarang aduan berkaitan aktiviti penagihan dadah boleh dilaporkan kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut di talian 087-339886 dan hotline 013-5459998.

 ??  ?? DITAHAN: Anggota AADK menahan dua suspek di salah sebuah kampung di Keningau, malam Isnin.
DITAHAN: Anggota AADK menahan dua suspek di salah sebuah kampung di Keningau, malam Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia