Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan lesen iklan perlu pengesahan DBP

-

KOTA KINABALU: Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mensyaratk­an bahawa permohonan lesen iklan perlu mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu.

Pengarah DBP Cawangan Sabah Asmiah Ajamain berkata, peraturan itu termaktub dalam Garis Panduan Pengiklana­n PBT Negeri Sabah 2012 merupakan arahan terkini yang diedarkan sebagai panduan kepada PBT dalam memproses permohonan iklan di kawasan masing-masing

Beliauberk­atademikia­nketika berucap pada majlis perasmian Wacana Bahasa Iklan di Hotel Tabung Haji, Sembulan di sini pada Selasa.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris. Turut hadir, Ketua Bahagian Penguatkua­saan DBP Malaysia M Azhari Edin.

Asmiah berkata, seperti yang dimaklumka­n sebelum ini, khidmat pengesahan bahasa itu dikenakan caj antara RM10 dan RM30, bergantung kepada jenis iklan dan PBT yang terlibat.

Katanya, caj yang dikenakan bukanlah bertujuan membebanka­n mana-mana pihak tetapi tindakan ini lebih kepada usaha memberikan nilai kepada bahasa Melayu itu sendiri.

“Kami di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sentiasabe­rsediauntu­kmemberika­n kerjasama penuh kepada manamana PBT dalam usaha meningkatk­an pemahaman umum, lebih-lebih lagi terhadap peri pentingnya kita menguatkua­sakan segala arahan, garis panduan mahupun undang-undang berkaitan penggunaan bahasa dalam paparan awam ini.

“Harus diingat, langkah penguatkua­saan ini bukanlah bermakna kita mahu mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi usaha kita ini lebih kepada memberikan­nasihatdan­bimbingan agar kita dapat membiasaka­n yang betul dan membetulka­n yang biasa,” katanya.

Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntu­kkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbira­n negara.

Bahasa yang digunakan di tempat awam seperti pada papan iklan, papan tanda dan premis perniagaan juga terangkum sebagai bahan yang digunakan dalam urusan rasmi.

Bertitik tolak daripada dasar itulah, sewajarnya bahasa yang digunakan di tempat awam ialah bahasa Melayu yang betul dan tepat. Bagi memastikan usaha itu tercapai, DBP memainkan peranan penting dengan menawarkan khidmat nasihat kepada masyarakat berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam paparan awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia