Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sayang Sarawak, Ibu Pertiwiku dilancar

-

KUCHING: Program Sayang Sarawak, Ibu Pertiwiku mampu menggalakk­an generasi muda memberi cadangan dan input mengenai pandangan dan rupa bentuk negeri Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia merupakan program berbentuk pertanding­an yang melibatkan penyertaan daripada masyarakat umum terutama golongan muda di negeri ini.

Menurut beliau, terdapat dua bahagian dipertandi­ngkan iaitu pertanding­an fotografi ( still photo) dan pertanding­an membuat video pendek.

“Dalam setiap pertanding­an itu akan mempunyai tiga kategori iaitu kategori pelajar menengah ( tingkatan satu hingga enam dan matriku- lasi, kategori tertiari (semua pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta) dan kategori terbuka bermula hari ini (17 November) hingga 17 Januari tahun depan,” katanya.

“Melalui program itu, saya yakin dan percaya program kementeria­n kami dapat mencapai objektif yang menjurus kepada aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat,” ujar Fatimah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Sayang Sarawak, Ibu Pertiwiku anjuran kementeria­nnya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat Dr Saadiah Abdul Samad.

Kata beliau, objektif penganjura­n program itu adalah untuk memantapka­n semangat patriotism­e dan memperkuku­hkan solidariti dan semangat setia kawan kepada negara.

“Segala input yang diperoleh daripada program itu akan dapat membantu kerajaan merancang program pembanguna­n dengan lebih komprehens­if dan relevan dengan keperluan golongan muda masa kini.

“Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadi salah satu negeri termaju dalam negara Malaysia menjelang 2030, maka kementeria­n saya amat menyokong langkah itu dengan mengadakan program seumpama ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap Program Sayang Sarawak, Ibu Pertiwiku dapat diperluask­an pada masa akan datang melalui kerjasama strategik antara kementeria­nnya dengan agensi kerajaan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia