Utusan Borneo (Sarawak)

Negara diramal terima empat hingga lima kali hujan lebat, penyebab banjir

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorolog­i Malaysia menjangkak­an negeri-negeri di pantai timur Semenanjun­g dan barat Sarawak akan menerima jumlah hujan yang tinggi menyebabka­n berlakunya banjir ketika musim Monsun Timur Laut mulai bulan ini hingga Januari depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata dalam tempoh berkenaan, negara diramal menerima empat hingga lima kali episod hujan lebat yang boleh membawa kepada banjir besar.

“Tinjauan cuaca di Semenanjun­g, iaitu Kelantan dan Terengganu dijangka menerima curahan hujan sekitar 700 milimeter pada November dan Disember, manakala Pahang dan timur Johor dijangka menerima hujan sebanyak 400 mm pada Disember dan Januari depan.

“Keadaan ini boleh mengakibat­kan banjir terutama di kawasan lembah sungai dan kawasan rendah,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu sama ada Monsun Timur Laut dilihat sebagai fenomena yang berupaya mengakibat­kan kejadian banjir besar dan bencana lain serta persediaan kementeria­n dalam mengawasi fenomena itu.

Madius berkata tinjauan mendapati Sabah dijangka menerima taburan hujan yang tinggi pada Disember dan Januari depan dengan jumlah hujan sekitar 400 mm hingga 450 mm terutama di Kudat dan Sandakan.

“Kebanyakan bahagian di Sarawak akan menerima jumlah hujan sekitar 350 mm pada November dan Disember, namun Kuching dan Samara- han menerima taburan hujan sebanyak 400 mm hingga 500 mm pada Januari depan.

“Lazimnya keadaan cuaca sebegini boleh menyebabka­n kejadian banjir di kawasan rendah dan pinggir sungai. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang tinggi, risiko kejadian banjir akan meningkat,” jelasnya.

Madius berkata antara langkah yang akan diambil selain daripada beroperasi 24 jam, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) juga akan menggerakk­an pasukan bilik gerakan apabila amaran berperingk­at dikeluarka­n bagi memastikan pemantauan yang lebih efektif serta mengelakka­n kegagalan ke atas sistem pemantauan dan penyampaia­n.

Di peringkat negeri, taklimat tinjauan cuaca disampaika­n kepada agensi-agensi pengurusan bencana masing-masing bagi memastikan kesiapsiag­aan menghadapi musim monsun itu.

Beliau berkata jabatan itu turut akan mengubah kategori amaran yang dipaparkan di laman sesawang METMalaysi­a kepada amaran bertulis berwarna kuning, jingga dan merah agar lebih mudah difahami umum. — Bernama

Kebanyakan bahagian di Sarawak akan menerima jumlah hujan sekitar 350 mm pada November dan Disember, namun Kuching dan Samarahan menerima taburan hujan sebanyak 400 mm hingga 500 mm pada Januari depan. Datuk Seri Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia