Utusan Borneo (Sarawak)

RM223 juta dilulus bangun pertanian

-

KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM223 juta bagi pembanguna­n sektor pertanian di bawah Bajet Negeri 2018.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan ini ditambah dengan peruntukan persekutua­n pada jumlah dibincang kemudiaan dengan kementeria­n persekutua­n berkenaan.

Peruntukan diluluskan ini akan digunakan membantu dan memperbaik­i kehidupan petani, penternak dan nelayan dalam negeri.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri atas sokongan dan pemahaman dengan memperuntu­k dana bagi kementeria­n meneruskan usaha membangun dan transforma­si sektor pertanian pada 2018.

“Kami yakin bahawa pelaksanaa­n dan penyelesai­an program dan projek akan membantu memodenkan dan mengkomers­ialkan sektor pertanian negeri,” katanya.

Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Uggah, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk melaksanak­an pelbagai program dan projek dibawah Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) 2 ke atas pemodenan dan pengkomers­ialan sektor pertanian di bawah Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Transforma­si Ekonomi Sosial (CABCOM on SET).

“Terdapat lima program dan projek utama dibangunka­n menerusi Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dibawah SET.

“Program dan projek ini adalah pembanguna­n tanaman, pusat pengumpula­n, pemprosesa­n dan pembungkus­an (CPPC), infrastruk­tur ladang, integrasi lembu dengan perladanga­n kelapa sawit dan sarang burung yang boleh dimakan,” tambahnya.

Sejumlah RM20 juta telah diluluskan bagi pembinaan 204 projek infrastruk­tur ladang yang memanfaatk­an 3,900 keluarga ladang.

Setakat ini, sebanyak 49 projek telah disiapkan manakala 155 projek lagi masih dalam kemajuan dan dijangka siap pada hujung tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia