Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar tingkat kapasiti SSL daging lembu, kambing

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar menyasarka­n untuk meningkatk­an tahap kecukupan diri (SSL) bagi daging lembu daripada 10 peratus ketika ini kepada 50 peratus dan kambing daripada 15 peratus kepada 25 peratus.

Bagi mencapai sasaran SSL ini, kementeria­n menurut menterinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga Timbalan Ketua Menteri akan melaksanak­an beberapa inisiatif menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS).

Antara inisiatif dilaksana ialah menggunaka­n inseminasi buatan (AI) meningkatk­an kadar anak lembu bagi ruminansia iaitu lembu, kerbau dan kambing, mengimport lembu dan kambing dari Australia dan kerbau dari Sabah bagi meningkatk­an stok pembiakan, di mana pada masa ini kita mempunyai 5,500 kerbau, 16,700 lembu dan 14,700 kambing.

Inisiatif lain yang turut dilaksanak­an bagi mempergiat integrasi lembu bagi membesarka­n peladangan kelapa sawit, menubuhkan pusat pembiakan bagi lembu di Bahagian Kuching dan Miri, memperbaik­i dan melengkapk­an Stesen Kerbau Maragang di Lawas dengan fasiliti terkini bagi latihan peladang dan membekalka­n baka kerbau.

“Kementeria­n menerusi DVS juga menjemput sektor swasta melabur skala besar dalam membesarka­n lembu, kerbau dan kambing dengan penyertaan pemilik tanah menggunaka­n sepenuhnya fasiliti kewangan yang disediakan.

“Kementeria­n turut mempergiat­kan pelaksanaa­n program dan projek sedia ada terutama menerusi Skim Pawah di bawah DVS untuk meningkatk­an populasi haiwan ternakan serta beberapa inisiatif yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Berhubung kebimbanga­n mengenai penurunan populasi kerbau dibangkitk­an ahli berhormat Batu Danau, Uggah memberi jaminan bahawa perkara ini akan ditangani oleh kementeria­nnya menerusi DVS.

Sebagai tambahan, kementeria­nnya menerusi DVS merancang untuk menganjurk­an beberapa aktiviti untuk mempromosi­kan pembanguna­n industri ternakan di negeri ini. Antara aktiviti, menubuhkan pusat lelongan haiwan bagi ternakan untuk menyediaka­n kedai berniaga langsung bagi penternak dan pembeli terutama ketika musim perayaan dan menganjurk­an pertanding­an ternakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia