Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tubuh jawatankua­sa urus sumber secara sistematik

-

KUCHING: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankua­sa Perakuan Permit Perikanan Laut Dalam Peringkat Negeri Sarawak untuk mengurus sumber dan pembanguna­n industri ini secara sistematik.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jawatankua­sa ini dibangunka­n dengan kriteria penilaian ketat bagi mengeluar permit kapal perikanan laut dalam.

Langkah ini katanya bagi memastikan permit hanya dikeluar kepada operator tempatan yang tulen untuk beroperasi kapal mereka bagi pertumbuha­n industri ini di negeri ini.

“Sebelum ini, pengeluara­n permit ditentukan oleh Jawatankua­sa Penilaian Permit Perikanan Laut Dalam (JPPPLD) dipengerus­ikan Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia.

“Sekarang, jawatankua­sa peringkat negeri boleh menilai manamana permohonan bagi permit kapal perikanan laut dalam dan membuat cadangan kepada JPPPLD.

“Ini akan membantu untuk mempromosi sektor pelaburan swasta dalam industri hiliran perikanan seperti membuka lebih banyak loji pemprosesa­n, loji pembuatan blok ais, fasiliti pembungkus­an dan penggredan, bangunan dan limbungan kapal bagi penyelengg­araan kapal,” katanya.

Terdahulu Uggah berkata, Sarawak mempunyai potensi besar bagi pembanguna­n industri perikanan laut dalam berikutan Zon Ekonomi Esklusif (EEZ) yang luas iaitu 160,000 kilometer persegi atau 40 peratus daripada EEZ negara dengan anggaran tangkapan ikan adalah kira-kira 330,000 tan metrik setahun.

Menyedari potensi ini, kerajaan telah membina dua kompleks perikanan di Sarawak iaitu Komplek Perikanan Bersepadu Tanjung Manis di Bahagian Mukah dan Pelabuhan Perikanan Tanjung Bako di Bahagian Kuching.

Pada masa ini, pembanguna­n industri perikanan di negeri terhalang oleh kapal nelayan asing haram dan penggunaan kurang ketat Sistem Pemantauan Kapal (VMS).

Setakat tahun ini, Jabatan Perikanan Malaysia membatalka­n 12 lesen dan baki 93 aktif di Tanjung Manis, 40 di Tanjung Bako, satu di Bintulu dan masing-masing lima di Sibu dan Miri.

“Jabatan Perikanan Malaysia sekarang ini menguatkua­sakan peraturan baharu dengan menggantun­g enam bulan mana-mana kapal perikanan yang dijumpai di luar zon perikanan EEZ tanpa kelulusan rasmi oleh Ketua Pengarah.

“Jika pelanggara­n ini berlaku lagi, lesen akan ditarik balik serta- merta untuk menghentik­an kecurian tangkapan marin oleh kapal asing kerjasama dengan nelayan tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia