Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak harus bersyukur Morshidi dilantik sebagai Pengarah dalam Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad

- Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong, Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebagai Pengarah dalam Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad ( Petros) sebagai usaha menjaga kepentinga­n Sarawak dalam industri sumber petroleum.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak amat bersyukur kerana Setiausaha Kerajaan Negeri itu menjadi saluran rasmi antara Petronas dan kerajaan negeri.

“Saya ingin memperbetu­l gambaran segelintir wakil rakyat mengenai konflik kepentinga­n dalam pelantikan SKN sebagai pengarah dalam Petronas atau Petros.

“Beliau dilantik Lembaga Pengarah Petronas atas sebab asas memantau dan melindungi kepentinga­n Sarawak dalam sumber petroleum kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada persidanga­n DUN di sini semalam.

Jelas Ketua Menteri, Sarawak harus berasa bangga kerana SKN berada dalam Petronas.

“Kita harus berasa gembira kerana beliau berada dalam Petronas yang membantu bertindak sebagai saluran rasmi antara kerajaan negeri dan Petronas,” katanya.

Katanya selain itu harus disedari bahawa SKN bukan seorang individu tetapi sebuah institusi dan jawatan berkanun yang diperuntuk dalam Perlembaga­an Negeri.

“Di mana fungsi khusus tertentu dimaktub yang mesti dilaksanak­an oleh orang yang memegang jawatan itu sama ada dirinya sendiri atau jawatankua­sa individu atau pasukan petugas seperti diarahkan oleh kabinet dimana orang itu ialah setiausaha,” tegasnya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai cadangan mendapatka­n royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus daripada persekutua­n, Abang Johari mengakui kerajaan negeri masih belum dapat mencapai sepenuhnya 20 peratus yang dicadangka­n.

Beliau menjelaska­n kejatuhan harga minyak mencetuska­n masalah hasil kerajaan dan daya maju syarikat minyak menyebabka­n banyak syarikat telah tutup.

“Maka itu buat masa ini, jika kita mahu mengubah model perniagaan sekarang ia adalah perkara yang sangat sensitif,” katanya.

 ??  ?? SELESAI: Abang Johari diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kanan) keluar dari lobi DUN selepas selesai ucapan penggulung­annya, semalam.
SELESAI: Abang Johari diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kanan) keluar dari lobi DUN selepas selesai ucapan penggulung­annya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia