Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri setuju naikkan elaun pemimpin masyarakat

-

KUCHING: Kerajaan negeri mengiktira­f kepentinga­n dan sumbangan pemimpin masyarakat seperti ketua masyarakat dan ketua kaum apabila bersetuju menaikkan elaun sebanyak RM100 mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kenaikan itu sebagai menghargai sumbangan kedua-dua portfolio itu dalam sistem penyampaia­n perkhidmat­an khusus kawasan luar bandar.

Uggah berkata demikian bagi mengulas isu berkaitan pemimpin masyarakat termasuk semakan semula elaun atau gaji dan kewujudan jawatan tambahan ketua masyarakat dan ketua kaum.

“Sukacita saya maklumkan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji ketua masyarakat dan elaun ketua kaum masing- masing sebanyak RM100 tahun depan.

“Ini bermakna gaji te- menggung, pemanca dan penghulu juga akan meningkat sebanyak RM100 manakala elaun ketua kaum meningkat daripada RM800 hingga RM900,” katanya.

Uggah berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Beliau juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, kerajaan mengikrita­f ketua masyarakat dan ketua kaum sebagai ejen perubahan sekali gus memainkan peranan aktif membangun sosioekono­mi kawasan masing- masing.

Berhubung cadangan membina bangunan baharu untuk Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil, Uggah berkata, kerajaan negeri akan meneliti dan mengkaji keperluan daripada semasa ke semasa.

“Dalam hal ini, keperluan mendesak seperti Pejabat Daerah belum mempunyai bangunan sendiri akan dikemukaka­n untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11,” katanya.

Sementara itu, untuk makluman ahli berhormat bagi Engkili dan Samalaju, katanya, kerajaan akan mempertimb­angkan cadangan untuk menaik taraf Daerah Kecil Engkili dan mewujudkan Daerah Baru Samalaju.

“Cadangan ini akan diper- timbangkam tertakluk kepada kriteria seperti bilangan penduduk, keluasan kawasan, aktiviti ekonomi dan jarak dari pusat pentadbira­n sedia ada,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan telah menubuhkan Jawatankua­sa Kerja Khas yang dikenali sebagai Jawatankua­sa untuk Menggarisk­an Sempadan Pentadbira­n ( CRAB) bagi mengkaji sebarang cadangan untuk mewujudkan Pusat Pentadbira­n Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia