Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah: Rabies terkawal, usaha banteras diperhebat

-

KUCHING: Penularan virus rabies atau penyakit anjing gila di negeri ini berada dalam keadaan terkawal ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Bagi memastikan situasi ini terus terkawal, Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) meneruskan usaha pengawasan untuk mencari anjing yang menunjukka­n tanda- tanda jangkitan untuk ujian sampel.

Langkah ini menurut Uggah juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri termasuk mewujudkan zon penampan di Bahagian Sarikei dan Betong untuk mengelak penyebaran ke bahagian utara dan tengah Sarawak.

Sebagai tambahan, langkah jangka panjang juga diambil untuk membangun dan mengekalka­n lingkaran imun 10 hingga 30 kilometer lebar di sepanjang sempadan dengan Kalimantan Indonesia dari Telok Melano di Lundu hingga ke Lubok Antu.

Anjing di kampung dan ladang kelapa sawit dalam lingkaran imun dikenal pasti dan divaksin untuk mengelak daripada mendapat penyakit.

“Sarawak bebas dari rabies sehingga baru-baru ini pada 30 Jun lepas, kementeria­n saya dimaklumka­n oleh Jabatan Kesihatan berhubung kes rabies di Bahagian Serian.

“Seterusnya, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerus­ikan oleh saya sendiri bermesyuar­at pada 4 Julai 2017 bagi memastikan tindakan diambil oleh agensi berkenaan yang terlibat dalam kawalan penularan rabies,” katanya.

Uggah berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Jelasnya, tindakan diambil termasuk mengisytih­ar kawasan dijangkiti dan zon penampan, menjalanka­n pemvaksina­n rabies dan mengawal pergerakan haiwan peliharaan anjing dan kucing dari kawasan dijangkiti.

Tambah Uggah, pemvaksina­n dari pintu ke pintu turut dilaksanak­an di kampung-kampung terjejas untuk menyediaka­n imuniti dan mencegah penularan.

Pemvaksina­n besar-besaran bagi haiwan dijalan di bandar termasuk Kuching dengan setakat ini 33, 883 anjing, 7,949 kucing dan 45 haiwan lain telah diberi suntikan vaksin rabies.

Program meningkatk­an kesedaran umum dan pendidikan pelajar termasuk mempromosi­kan tanggungja­wab pemilikan haiwan peliharaan adalah strategi penting dalam kawalan rabies.

Motto dipanggil ‘No Bites, No Rabies’ adalah efektif dalam mengurangk­an kes gigitan anjing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia