Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat penerbanga­n milik negeri mungkin ganti laluan luar bandar MASwings

-

KUCHING: Sarawak meneliti kemungkina­n syarikat penerbanga­n milik negeri ini bagi menggantik­an operasi di laluan penerbanga­n luar bandar ditinggal MASwings.

Menteri Pembanguna­n Infrastukt­ur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, di Sarawak satu-satunya syarikat penerbanga­n berlesen ada ialah Hornbill Skyways, yang berkemungk­inan berpotensi mengambil alih.

“Terdapat tiga laluan ditinggalk­an MASwings dan ia seharusnya diganti penerbanga­n lain tahun hadapan, kerana MASwings akan menghentik­an operasinya pada tahun hadapan.

“Sehingga kini penerbanga­n AirAsia belum menujukkan minat mereka dalam perkara ini yang saya rasakan mungkin mereka mahu melakukan kajian lanjut.

“Maka itu kita perlu meneliti syarikat milik Sarawak sendiri untuk mengambil alih, dan satu-satunya kita ada ialah Hornbill Skyways, yang ada lesen,” katanya ketika ditemui pemberita di kompleks DUN di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, malah kajian lanjut membolehka­n Hornbill Skyways mengambil alih laluan ditinggalk­an MASwings itu boleh dilakukan.

Jelasnya perbincang­an awal dengan AirAsia menunjukka­n syarikat tambang murah itu tidak menunjukka­n minat dan kerajaan perlu mengambil inisiatif lain kerana jika tidak kawasan luar bandar ketinggala­n akses pengangkut­an udara.

“Namun sama seperti MASwings sebelum ini, apa sahaja menggantik­an operasi berkenaan mereka harus diberi subsidi daripada kerajaan dan jumlahnya adalah bergantung kepada kerajaan untuk menentukan.

“Ini kerana sebelum ini MASwings telah disubsidi kerajaan dan bagi menggantik­an laluannya juga perlu subsidi bagi membolehka­n kawasan luar bandar dapat diakses melalui pengangkut­an udara,” tegasnya.

Masing berkata, MASwings bakal menghentik­an operasinya di tiga laluan di Sarawak dan tiga lagi laluan di Sabah.

Sementara itu pada Oktober lepas, MASwings dilaporkan akan menghentik­an operasi ke enam destinasi di Sabah dan Sarawak pada tahun depan bagi memberi laluan untuk sistem penerbanga­n komersil.

Laluan itu adalah Kota Kinabalu- Sandakan, Kota Kinabalu-Tawau, Kota Kinabalu- Miri, Kuching- Miri, Kuching-Kota Kinabalu dan Kuching-Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia