Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keselamata­n Sarawak terkawal tanpa ancaman

-

KUCHING: Keselamata­n dan ketenteram­an awam di negeri Sarawak berada dalam keadaan aman dan terkawal.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini tiada sebarang aktiviti atau unsur dikesan boleh mengganggu dan menjejaska­n keadaan keselamata­n.

“Untuk makluman semua pihak, kadar jenayah di negeri Sarawak bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini menunjukka­n penurunan sebanyak 5.26 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Namun demikian, kerajaan akan terus berusaha membantera­s jenayah demi menjamin kesejahter­aan dan keselamata­n rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Uggah berkata, hasil penguatkua­saan antara agensi berterusan dan agresif, perjudian siber di pusat atau kedai perjudian siber telah dapat dihapuskan sepenuhnya sehingga mencapai tahap sifar.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak terlibat termasuk komuniti tempatan atas usaha yang telah dilakukan,” katanya.

Uggah menambah, untuk memberi perkhidmat­an yang lebih efisien kepada masyarakat dan meningkatk­an keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan, dua balai polis sedang dalam pembinaan iaitu Balai Polis Beladin dan Balai Polis Debak di Bahagian Betong.

Menurutnya, kedua-dua balai polis itu dijangka siap dan beroperasi pada tahun depan.

“Selain itu, kerajaan juga merancang untuk membina sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan empat Balai Polis pada tahun depan iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, Balai Polis Matang Jaya, Padaawan; Balai Polis Spaoh, Debak; Balai Polis Lachau, Sri Aman dan Balai Polis Samalaju di Bintulu,” jelasnya.

Uggah memaklumka­n bahawa Unit Keselamata­n Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri distruktur semula dan dinama sebagai Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri yang berkuat kuasa pada 22 Jun 2017.

Jelasnya, penamaan semula itu adalah selaras dengan pertambaha­n fungsi dan peranan unit terbabit.

“Ini merupakan antara inisiatif kita untuk menyelaras­kan usaha penguatkua­saan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dalam menangani isu keselamata­n dan keamanan negeri Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia