Utusan Borneo (Sarawak)

Beri masa kepada petugas untuk mengkaji isu tersebut secara holistik, Uggah mohon kesabaran daripada semua pihak

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan membentang­kan pindaan kanun tanah berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau semasa persidanga­n Dewan Un- dangan Negeri (DUN) Mei 2018.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, buat masa ini beliau memohon kesabaran semua pihak berhubung perkara berkenaan.

“Saya menjangka pindaan Kanun Tanah Negeri berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau akan siap dan dibentang semasa persidanga­n DUN Mei tahun depan.

“Justeru, saya memohon kesabaran daripada semua pihak dan membiarkan petugas mengkaji isu ini secara holistik.

“Selepas itu membuat cadangan untuk meminda kanun tanah agar isu berkaitan dengan Tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) dapat diselesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah semasa persidanga­n DUN di Kompleks DUN di sini, semalam.

Uggah merakamkan penghargaa­n kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Muara Tuang, Ngemah dan Telang Usang.

“Yakinlah bahawa penye- lesaian holistik akan dikenal pasti bagi menangani isu NCR,” katanya.

Uggah berkata, kerajaan negeri sedar akan implikasi keputusan Mahkamah Persekutua­n kepada penduduk peribumi Sarawak.

“Justeru, kerajaan negeri membentuk pasukan petugas dipengerus­ikan saya sendiri dengan ahli terdiri daripada Menteri Negeri dan Persekutua­n, ahli politik, kakitangan awam kanan dan pengamal undang-undang.

“Terma rujukan utama pasukan petugas adalah untuk mempertimb­angkan dan mencadangk­an penyelesai­an yang baik dan praktikal bagi menyelesai­kan isu tanah hak adat yang berkaitan dengan Pemakai Menoa dan Pulau Galau,” katanya.

Menurut beliau, pertemuan pertama kali pasukan petugas adalah pada 14 Mac 2017.

“Sejak itu dan sehingga 8 November tahun ini, kami telah mengadakan pertemuan sebanyak dua belas kali,” katanya.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong dan Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong dan Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia