Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia hadapi musim banjir

-

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi kemungkina­n musim banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumka­n jawatankua­sa itu mengadakan tiga kali mesyuarat persediaan menghadapi kemungkina­n banjir musim pada 2017 dan 2018.

Katanya, semua agensi terlibat telah membuat persiapan awal dengan status persiapan serta penugasan seramai 21,188 orang.

“Mereka terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 5,000 orang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seramai 7,192 orang, Polis Diraja Malaysia (2,469 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat (3,281 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (1,087 orang), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (1,070 orang) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) seramai 1,089 orang.

“Selain itu, sebanyak lima helikopter, 215 lori, 472 kenderaan pacuan empat roda, 290 bot dan 117 ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi turut disediakan,” jelas Uggah.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah semasa persidanga­n DUN di Kompleks DUN di sini, semalam.

Uggah juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membuat persediaan untuk membuka sebanyak 610 pusat pemindahan di seluruh Sarawak.

“Seramai 165 orang pembekal logistik telah dilantik dan bagi mencapai masa respons yang terbaik, pembekalan logistik akan disimpan di 12 pangkalan hadapan di tempat-tempat yang strategik dan di 13 stor atau depo utama yang terletak di Kuching, Samarahan dan Miri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bencana Banjir Monsun Timur Laut Negeri Sarawak telah diisytihar­kan pada 25 November tahun lalu sehingga 17 Mac 2017.

Justeru, katanya, kerajaan telah mengambil langkahlan­gkah untuk mengurangk­an ketidaksel­esaan dan kerugian yang dihadapi oleh mangsa-mangsa bencana.

“Secara keseluruha­n, pengurusan bencana banjir pada tahun 2016 dan tahun 2017 adalah berjalan dengan lancar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam musim banjir kali ini,” katanya.

Mengenai bantuan bencana yang disalur pula, kata beliau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui APM Negeri Sarawak selaku Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah membayar sebanyak RM1.62 juta kepada 3,233 Ketua Isi Rumah (KIR) pada tahun 2016 dan 2017.

“Sebanyak RM87,500 bantuan telah dibayar kepada 175 KIR bagi mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan.

“Bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan (kawasan terjejas) sebanyak RM1,529,000 diagihkan kepada 3,058 KIR,” ujar beliau.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurka­n bantuan bencana sebanyak RM5.22 juta untuk 510 kes bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, kemarau dan kebakaran dari bulan Januari hingga September 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia