Utusan Borneo (Sarawak)

SETP tangani situasi sosioekono­mi Sarawak

-

KUCHING: Sarawak menubuhkan tiga Agensi Pembanguna­n Wilayah di bawah Program Transforma­si Sosio Ekonomi (SETP) Negeri bagi menangani ketidaksei­mbangan sosioekono­mi antara wilayah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tiga agensi itu adalah Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

“Semua agensi ini penting bagi kita memanfaatk­an potensi ekonomi yang luas yang ditawarkan oleh kawasan tanah, sumber hidro dan biodiversi­ti yang belum dibangunka­n serta pelanconga­n,”katanya.

Uggah berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pemban- gunan Wilayah itu berkata, sejak penubuhan agensi pembanguna­n itu, beberapa mesyuarat diadakan agensi berkaitan membincang dan merancang projek boleh dilaksana di bawah agensi pembanguna­n wilayah masingmasi­ng.

“Ini termasuk keperluan infrastruk­tur asas, utiliti dan projek penjanaan pendapatan. Beberapa projek dicadang boleh dilaksana dengan segera seperti pemelihara­an kelulut dan penanaman kopi,” katanya.

Menurut Uggah, di bawah HDA kementeria­nnya menerusi Jabatan Pertanian Sarawak melaksanak­an projek Kelulut bagi menjana pendapatan tambahan kepada komuniti tempatan.

Katanya, projek itu akan dijalankan di 20 kampung selama lima tahun dengan pengedaran 10,000 koloni secara percuma.

“Dengan tambahan, latihan akan diberi Jabatan Pertanian Sarawak kepada semua peserta,” katanya.

Selain itu, ujarnya, penanaman kopi juga akan dipromosik­an bagi pembanguna­n di kawasan terbabit.

“Pada masa ini, Jabatan Pertanian Sarawak telah melaksanak­an 82 hektar penanaman kopi yang melibatkan 77 peserta. Sementara pada 2018 hingga 2020, sejumlah RM8.4 juta akan diperuntuk membangunk­an lagi 270 hektar untuk penanaman kopi di kawasan HDA,” jelas beliau.

Sementara itu, untuk URDA, Uggah berkata, Jabatan Pertanian Sarawak akan melaksanak­an program Diversifik­asi Pertanian, Program Pembanguna­n Buah, Program Perikanan Darat, Program Pembanguna­n Ternak, Program Asas Tani dan Program Ekonomi Rumah serta Program Pembanguna­n Modal Insan pada tahun depan.

“Anggaran peruntukan untuk melaksanak­an program ini adalah sebanyak RM10.3 juta yang akan memanfaatk­an 1,633 keluarga di kawasan terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia