Utusan Borneo (Sarawak)

12 Kolej STEM rancang buka di Sarawak tahun depan

Ia sebagai langkah melahirkan lebih ramai generasi berketeram­pilan dalam bidang teknikal dan kemahiran

- Oleh Kepu Sidi

S A R I K E I : S e b a n y a k 1 2 K o l e j K e m a h i r a n Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dirancang dibuka tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STEM, Datuk Reghu Bhaskaran.

Katanya, semua kolej itu dibuka di seluruh Sarawak sebagai langkah melahirkan lebih ramai generasi berketeram­pilan dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Menurutnya, pembukaan kolej- kolej itu difokuskan kepada masyarakat mempunyai minat belajar melalui kursus- kursus dan pengajian disediakan.

“Kolej STEM menyediaka­n pelbagai kursus

Kolej STEM menyediaka­n pelbagai kursus relevan kepada pelajar di samping memperkena­l perisian baharu untuk menarik minat mereka terhadap sains dan teknologi serta lain-lain bidang.

relevan kepada pelajar di samping memperkena­l perisian baharu untuk menarik minat mereka terhadap sains dan teknologi serta lain- lain bidang.

“Sebagai contoh bidang muzik, dunia robot kepada pelajar secara mendalam dan kursus tertentu berasaskan pertanian dan perniagaan,” katanya di sini semalam.

Reghu berkata, Sarawak mempunyai ramai pelajar yang mampu menguasai sains dan teknologi.

Sehubungan itu, usaha lebih agresif perlu dilakukan bagi memastikan generasi muda tidak ketinggala­n dalam bidang yang kini dianggap semakin penting.

“Syarat menuntut ilmu di kolej STEM adalah terbuka kepada murid- murid seawal sembilan tahun hingga pelajar universiti, malah ibu atau bapa tunggal boleh belajar di kolej ini.

“Hasrat kita menambah cawangan di Sarawak menjadi kenyataan berdasarka­n respons positif dan kerjasama dengan sekolah, kolej dan universiti tempatan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pelajar perlu berusaha mengatasi dan mengubah anggapan subjek sains dan matematik sebagai susah.

Kolej Kemahiran STEM kini beroperasi di Sarikei dan orang ramai boleh melayari laman web mystem. edu. my mendapatka­n keterangan lanjut.

“Bidang STEM berkembang pesat seluruh dunia berikutan pemodenan dan lonjakan pembanguna­n ekonomi berteraska­n digital,” katanya.

Datuk Reghu Bhaskaran. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STEM

 ??  ?? TINGKAT KEMAHIRAN: Reghu (duduk, tiga kanan) bersama graduan STEM Sarawak menamatkan pengajian masing-masing.
TINGKAT KEMAHIRAN: Reghu (duduk, tiga kanan) bersama graduan STEM Sarawak menamatkan pengajian masing-masing.
 ??  ?? APA KHABAR?: Anggota PDRM bertemu salah seorang peniaga di Pasar Tamu Sungai Plan, Bintulu pada program itu.
APA KHABAR?: Anggota PDRM bertemu salah seorang peniaga di Pasar Tamu Sungai Plan, Bintulu pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia