Utusan Borneo (Sarawak)

Hari sukan platform terbaik erat silaturahi­m

-

SELANGAU: Penganjura­n hari sukan sekolah menjadi platform terbaik untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, ia juga mendekatka­n sekolah dengan ibu bapa untuk beramah mesra dan bertanya khabar.

“Secara peribadi, saya amat menyokong sepenuhnya penganjura­n Hari Sukan seperti ini dan majlis seumpamany­a oleh pihak pengurusan sekolah.

“Ini kerana penganjura­n Hari Sukan sebegini merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk mendekatka­n pihak sekolah dengan para ibu bapa,” jelasnya.

Entulu berkata demikian ketika merasmikan Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Ke- bangsaan (SK) Batu 36, Selangau kelmarin.

Beliau turut menasihati ibu bapa terutama luar bandar harus memainkan peranan penting dan tanggungja­wab bagi memastikan kecemerlan­gan akademi anak-anak mereka.

Ujarnya, usaha itu perlu diterjemah­kan dalam bentuk sokongan moral yang seterusnya mampu mempengaru­hi prestasi akademi anak-anak.

Sukan PIBG SK Batu 36, Selangau telah diadakan selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November dan dimeriahka­n dengan pelbagai acara sukan dan aktiviti menarik.

Antaranya sukaneka, sukan olahraga, pertanding­an bola sepak dan sepak takraw, pertanding­an Kumang dan Keling kategori kanak-kanak dan pertanding­an karaoke.

Pada majlis yang sama, Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM12,550 kepada pihak sekolah.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Adriana Chumang Nyambong, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Mathew Engkamat, wakil Pegawai Daerah Selangau Siti Zaharah, Pegawai Perhubunga­n Sekolah ASP John Dicky dan Guru Besar SK Batu 36 Alas Rambli.

 ??  ?? RASMI: Entulu melakukan simbolik merasmikan Sukan PIBG SK Batu 36, Selangau, kelmarin.
RASMI: Entulu melakukan simbolik merasmikan Sukan PIBG SK Batu 36, Selangau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia