Utusan Borneo (Sarawak)

21 pelajar SK Kampung Tanam ikuti lawatan pasca UPSR

-

MUKAH: Seramai 21 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tanam, Dalat terlibat dalam satu lawatan pasca Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ke beberapa tempat baru-baru ini.

Jurucakap penyelaras program memeritahu, lawatan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan suatu hari nanti yang bakal ditempuhi di samping membuka minda sebelum menjejak kaki ke peringkat sekolah menengah.

Antaranya adalah lawatan ke Mukah Power Generation (MPG), Pekan Balingian, Pejabat Residen Mukah, Bangunan Pehin dan pejabat Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

“Mereka dapat mendengar serta bertanya tentang pengalaman bekerja di tem- pat dilawati,” jelasnya.

Perkara itu juga akan membuka luas perkemban- gan untuk pembelajar­an luar sekolah para pelajar terlibat terutamany­a mengenai dun- ia luar.

Selain itu, pelajar juga turut memuat aktiviti riadah sepanjang penginapan di sebuah resort dengan pelbagai aktiviti dirancangk­an.

Segala aktiviti riadah dijalankan adalah bagi merehatkan minda pelajar setelah setahun berhempas-pulas menghadapi persediaan untuk menghadapi UPSR.

“Program ini juga sebenarnya manunjukka­n kerjasama erat antara guru, kakitangan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” ujarnya lagi.

Mengenai maklum balas program, ia mendapat reaksi positif terhadap para peserta, guru, kakitangan serta PIBG dan diharap ia bakal diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Pelajar dan guru pengiring ketika sesi bergambar di pejabat RECODA.
RAKAM KENANGAN: Pelajar dan guru pengiring ketika sesi bergambar di pejabat RECODA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia