Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian buka pintu kepada pelajar negeri ikuti dua program ijazah sarjana muda ditawarkan UTM bersama MJIIT

-

KUCHING: Perjanjian Artikulasi antara Kolej Antarabang­sa Lanjutan Teknologi Sarawak (i-CATS) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka pintu pelajar negeri ini termasuk luar negara untuk melanjutka­n pengajian Ijazah Sarjana Muda UTM dalam Kejurutera­an Sistem Elektronik dan Kejurutera­an Ketapatan Mekanikal.

Majlis menandatan­gani perjanjian itu diadakan di UTM Kuala Lumpur disaksikan oelh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Dua program ijazah sarjana muda itu ditawarkan oleh UTM bersama Institut Antarabang­sa Teknologi Jepun (MJIIT).

Institut itu telah ditubuhkan pada 2010 sebagai rakan kerjas- ama antara kerajaan Malaysia dan Jepun bagi menawarkan pendidikan gaya Jepun di UTM Kampus Kuala Lumpur.

Berikutan majis perjanjian itu, Ketua Pegawai Eksekutif i- CATS Mohamad Isham Fauzi berkata, pelajar berpeluang menyiapkan tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda di kampung i-CATS di Kuching.

Selepas itu, bagi tahun kedua hingga keempat pula, katanya, pelajar berpeluang menyiapkan ijazah mereka di UTM Kampus Kuala Lumpur.

Malah menurutnya lagi, di bawah Program Mobiliti Global MJIIT, pelajar berpeluang belajar di Jepun bagi satu semestar.

“Ia sekali gus membuka peluang untuk mereka menda- patkan latihan perindustr­ian di Jepun sudah semestinya menjadi tempat latihan terbaik untuk mereka.

“Pada masa sama, ia juga memberi nilai tambah kepada pelajar dalam bersaing di pasaran pekerjaan selepas tamat pengajian,” kata Isham.

Isham juga menekankan bahawa kerjasama antara UTMMJIIT turut menetapkan kerjasama pelbagai peringkat bagi menganjurk­an pelbagai inisiatif secara bersama.

Jelasnya ia bagi memudahkan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajar­an untuk kakitangan dan pelajar kedua-dua pihak.

Turut hadir pada majlis menandatan­gani itu anggota delegasi PPKS/i-CATS, Pengerusi Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain, Setiausaha Majlis Pengurusan PPKS dan Pengarah PPKS Ilmu Sdn Bhd Dato Maznah Dasmi dan Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ijazah yang disebutkan, orang ramai dijemput untuk melawat kampus i- CATS di Jalan Stampin Timur, Kuching atau hubungi 082- 570888 atau 451533.

Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web i-CATS: www.icats.edu.my.

Ia sekali gus membuka peluang untuk mereka mendapatka­n latihan perindustr­ian di Jepun sudah semestinya menjadi tempat latihan terbaik untuk mereka.” Mohamad Isham Fauzi

 ??  ?? GIMIK RASMI: Adam Yii menyumpit belon sebagai simbolik perasmian konsert amal ‘DP Got Talent’, yang telah berlangsun­g di Dewan Suarah Miri, sambal disaksikan oleh Haslinda (dua kanan) di Miri, malam kelmarin.
GIMIK RASMI: Adam Yii menyumpit belon sebagai simbolik perasmian konsert amal ‘DP Got Talent’, yang telah berlangsun­g di Dewan Suarah Miri, sambal disaksikan oleh Haslinda (dua kanan) di Miri, malam kelmarin.
 ??  ?? JALIN KERJASAMA: Isham (kiri) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Dr Wahid Omar bertukar dokumen perjanjian sambil disaksi Idris (tengah). Turut kelihatan Abdul Aziz.
JALIN KERJASAMA: Isham (kiri) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Dr Wahid Omar bertukar dokumen perjanjian sambil disaksi Idris (tengah). Turut kelihatan Abdul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia